About Me


Ollaa readers! ^^
Secoit tentang tuan belog a.k.a Cik Iqa. Sila teruskan pembacaan sampai habis okeyh. Nama daku ZARELIQA AFIQA. Ohh yer, BUKAN NAMA SEBENAR. Atas sebab keselamatan nama betul daku tak boleh dinyatakan kat sini. Bahaya ooo.. Jadi mana dapat nama tu? Boleh baca kat SINI. For short boleh panggil IQA, atau pape jela janji jangan 'HOI' sudah.

Blog nie masih lagi blog peribadi. Menjadi medan untuk daku luahkan perasaan, berkongsi pengalaman atau sedikit pengetahuan. Boleh jadi suka2 jugak! weeee.. Ala-ala diari online gitu. Sebab daku malas menulis. Menaip rajin. heee :D Tapi sekarang daku cuba pelbagaikan dan masih tak lari dari konsep asal. Kang korang muntah pulak kalau daku asyik cerita pasal CHENTA kan. uhuk =.= Mula berblog, 9 Mei 2011. Masih newbie..

Berumur 21 tahun semasa entry ni ditaip. Mana hadiah? heee.. maaf pada readers yang lebih berusia untuk kata ganti nama 'AKU' yang ada dalam entry. Alar.. kata diari online. Formal sangat lar kalau guna 'SAYA'. Jangan marah yer akak-akak, abang-abang. Lagipun dalam entry jep. ohh, i'm major in Industrial Product Design dan masih single mingle. Obses dengan makanan dan teringin nak gemuk. *sikit*

Kenapa 'BILA JEJARI BERCHERITA'? Simple.. daku berkongsi cerita melalui penulisan yang daku taip menggunakan jari jemari tangan dan BUKAN jari kaki. Haaa..lawak jah. *oketaklawak* +__+ Aku suka pink dan hijau. That's why daku kalerkan blog nie ngan pink dan yang sewaktu dengannya. awwww!

Aku tak garang kalau tak marah. Pendek kata, sikap unpredictable. Cepat tacing, mudah kesian kat orang, kekadang degil, manja bertempat dan bukan gediks. Super pemalu dan pendiam dengan orang yang baru kenal. Jangan lar label daku sombong kalau tak kenal. Aku ni peramah sangat-sangat bila korang dah kenal rapat. Sedikit sifat perfectionist dalam kerja. Aku jugak sangat suka gelak! So, jangan lar serius sangat dengan aku. Rasa macam robot pulak. KEH KEH KEH

Kalau nak sambung cite pasal aku, 7 hari, 7 malam pun takkan habis. Sat g korang migrain pulak. Jadi kalau nak kenal lagi dan lagi? Reach me at facebook >HERE< or follow me at Twitter >HERE<

Hopefully you're happy being here! and Happy blogging!^.^
Pesanan Ringkas : Dilarang membuat kacau/onar disini. No harsh word darling! Treat me nicely and i'll do the same to you. Kalau tak suka boleh tekan X untuk keluar dari blog ini.Thanks dear =)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ