Friday, 22 November 2013

Promote : Homestay R&K Kampung Duyong Melaka

Hokeyh,, musim cuti sekolah dah seminggu berlalu kan.. weee syok lar adik-adik tu bercuti yer. Akak jugak yang tak cuti-cuti. Teringin tau nak pergi bercuti. sob sob~ T__T So mesti ada yang dah merancang nak bawak family bercuti kat mana kan? ataupun tengah fikir nak kemana kita cuti sekolah nie?? Takpe-takpe, iqa suggest datang lar bercuti di Melaka.. ewahh promote! hihi

Berbalik pada tajuk, kalau uolls nak bercuti di Melaka jangan risau pasal penginapan sebab Homestay R&K Kampung Duyong Melaka kan ada (ecece promote lagi) haha, homestay nie berdekatan je dengan bandar Melaka. So senang lar uolls nak pergi mana-mana. Antaranya ;

2km ke Perkampungan Hang Tuah (Perigi Hang Tuah) 
* 6km ke Afamosa Bandar Hilir (Pusat Pelancongan Bandar Melaka)
* 3km ke Muara ikan bakar Sungai Melaka
* 10km ke Medan selera ikan bakar Umbai * 6km ke pusat membeli belah Tesco, Aeon Jusco dan Mydin* 12km ke Zoo Melaka, Melaka Wonderland Theme Park, Taman Buaya, Taman Seribu Bunga * 2km Petronas* 200m Medan Selera

Haa macam-macam tempat lagi uolls boleh pergi sebenarnya. Cakap jek nak pergi mana. Iqa boleh jadi tourguide yang bertauliah. Tapi jangan lar mintak pergi Highland Tower pulak eh. Sebab tempat tu bukan kat Melaka. hahaha~ >_< Antara kemudahan yang ada pulak ;

** TV
** Sofa 3 + 2+ 1
** Meja Makan Kayu
** Iron Baju
** Pinggan mangkuk, tempat masak air elektrik & periuk nasi elektrik
** Peti ais 1 pintu
** Mesin Basuh
** Sejadah
** 1 Tilam Extra
** 1 Toto Extra
** 2 Tuala Mandi
** Teh dan Gula
*** Homestay mempunyai 2 Bilik (katil queen,1 Aircond +2 kipas untuk 2 bilik, 1 Bilik Air
** Semua bilik dilengkapi dengan almari
baju dan meja solek.
#**tertakluk pada perubahan


Pendek kata uolls boleh rasa macam kat rumah sendiri. Owh lupa pulak, harga untuk satu malam cuma RM150 sahaja. Berbaloi kan?? So pada yang berminat atau sebarang pertanyaan boleh inbox iqa kat facebook(ADD FRIEND DULU YER) >> SINI << atau tekan je button fb kat tepi blog tu, boleh jugak wechat atau whatsapp. TQ
Kata Jari : Homestay nie bukan iqa punya. Tolong promote homestay kawan hukhuk (batuk pulak). Daaaaa (^__^)v
Kredit : Official blog Homestay R&K


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 19 November 2013

Akhirnya Nuffnang Bagi BE woi!!


Hari nie masih lagi guna pc office dan wifi orang sebelah update blog. muahaha.. Yeahh! Yeee.. Yippi!! Dah kenapa yang suka sangat nie? alaa tengok tajuk pon dah terserlah 'gayat'nya iqa kan. >.< Al kisahnya 2 hari lepas bila ada peluang jek mesti iqa akan amik kesempatan bukak blog, bukak Nuffnang bajet pakcik Nuffy tu ada bagi duit ribu riban lar kan. (bajet) ~_~' (kepala tunduk bawah kaki kuis-kuis karpet)

Bila bukak Nuffnang benda pertama iqa tengok mestilah EARNING! hehe.. haaaa.. ermmm... hokeyh, baru seciput. Hishh, camne nak cashout nie. Bajet lagi nak merajuk time tu jugak. Tapiii tak jadi lar. Pasalnya bila tengok kat CPUV campaign, ehh macam BE jek macam BE jek. kohkoh.. ada seketul campaign yang tengah on going katanya iaitu SONY Year End Promo 2013. Yeahh..

Act ini kira BE kedua lar lepas dapat BE yang first November tahun lepas. Yang mana time tu iqa sendiri pon tak tau. Tau-tau jek dah jadi ME.. kan? Gamaknya pakcik Nuffy bagi campaign CPUV kat blog ai setahun sekali jek ke?? masa birthday ai jek? ehh jangan ler cenggitu kawan. haha, macam mana ai nak beli lappy baru.

So kengkawan rajin-rajin lar singgah blog iqa nie yer. Kalau nampak iklan Sony tu lebih afdal tolong klik sekali. Dah klik bagitau lar nanti iqa klik iklan korang pulak. hahaha.. sharing is caring macam jiran sebelah iqa nie. Share wifi. Kan bagus tu.. lalalala,, thanks Nuffnang. Ok gtg nanti iqa bw blog korang. Daaaa (^.^)v

Kata Jari : Nak kumpul duit beli lappy baru. wuhuhu, tolong klik iklan mak jemah kat bawah. Aminn, TQ


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 18 November 2013

Teringin.. teringin!


Ehem ehemm... testing. Ingat kite lagi tak?? Wee lama betul tak update adalah dalam setahun barangkali. haha, betul punya merajuk nie erk? Takde lar.. banyak sangat halangan. Mula-mula busy dengan keje. Pagi pegi keje, balik dah malam terus tido. Dok ulang-ulang sampai lar dapat keje baru yang memang banyak waktu free. Tapiii tapiiii... lappy pulak rosak. Damn! ~_~

Dipendekkan cerita sekarang nie iqa guna pc kat opis bukak blog. muahaha~ wifi pulak ihsan dari orang sebelah opis. cissss... betapa gigihnya nak meng'hapdet' blog. Memang teringin sangat nak blogwalking macam dedulu. Teringin!! Teringin!! Teringin!!!! (jerit dalam hati)

So kalau ada kengkawan yang masih ingat iqa lagi tu tolong lar datang tengok-tengokkan blog comot nie erk. Kesian dia~~ okey gtg sebab nak cepat takut kang orang sebelah tutup wifi dia. HaH HaH HaH

Kata Jari : Sempat download lagu lagi u. lalalala


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ