Thursday, 27 September 2012

Freebies : Background Blog


Semalam tiba-tiba gatal pulak tangan nie nak buat background blog ! hahaha, al-maklum lar aku kan masih dalam mood merajuk sebab segala bagai mak nenek photoshop abis hilang masa format lappy aku yang rosak ritu. Tu pasal doodle, tutorial, ahh.. pape jela yang sewaktu dengannya aku dah malas nak buat. Sowi yer kengkawan... (-_<)v

Bila aku buat satu, ehh.. naik syok pulak. So aku buat lagi satu.. dan lagi... dan lagi.... dan lagi...... dah banyak-banyak cenggini aku pun kompius nak pilih yang mana. Lastly aku decide nak buat freebies jela. haaa.. da lama jugak aku tak buat freebies kan ? So korang yang nak amik tu amik jela yer, jangan memalu. Free jek nehhh.. (^_^)




Lepas nie mungkin aku tak dapat update selalu.. *ehh! bajet macam tiap-tiap arie pulak dye update* hewhew.. bila ada masa free nanti aku balas jejak korang yep. Daaa~~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 25 September 2012

Kek Batik VS Kek Coklat Moist

Alkisahnya, cuti haritu datang pulak mood ‘rajin kuasa dua’ aku nak buat kek. Haha.. kalau korang nak tau dari dulu lagi aku memang minat buat kek. Ntah, aku tengok kek-kek nie cantik jek… comeyy jek… tu yang lagi semangat nak buat. Cuba ko suruh aku buat nasi goreng, mahu nyer aku bantai pakai serbuk yang dah siap tu jer.. :P

So haritu dengan muka ala-ala chef wan two aku pun keluarkan lar semua bahan-bahan yang aku dah beli siap-siap. Mula-mula aku buat kek batik, alah.. kek yang sangat simple dalam dunia tu. Tapi makan hari jugak nak buat, sebabnyer “MALAS” dan suka “BERTANGGUH” ! *elakkan sikap nie yer puan2* HeH HeH

Dah siap kek batik tu kena simpan dulu dalam peti sejuk. Kasi dia sejuk dulu dalam 6 jam gitu. Alar.. ingat dah boleh makan tadi. Sementara tunggu kek batik sejuk, aku start buat kek coklat moist yang dah lama aku mengidam nak buat sendiri. Selalu main beli jer. T__T

Nie lar ghope kek-kek yang aku buat tu. Kek batik & kek coklat moist.. tengok ghope kek coklat moist tu macam terlebih moist jek. Weehehe~~ nama pun hantu coklat, harus lar aku curah banyak-banyak coklat kan :P

 kek batik yang nyummyy ! syok makan time sejuk.. milo yang dah campur dengan susu jadi sticky macam karamel gitu. Sedap oii ! *puji diri sendiri*

nie namanya kek coklat moist hujan pelangi... sangat over aku dok tabur 'pelangi' tu. Nama pun hujan kan.. kena lar lebat! Ahaks~~ 

Lepas nie nak cuba buat Blueberry Cheese cake pulak. Sape ada resepi ?? share lar sikit... *wink! wink!* (^_-)v


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 18 September 2012

Susahnya Nak Cari Hadiah...


Kalau kita nak beli hadiah untuk perempuan, memang banyak pilihan kan ? Apa-apa pun boleh sebab perempuan nie tak kisah. Hadiah tu mahal ker, murah ker, dia tetap terima jugak. Contohnya paling cikai pun ko bagi dia bunga masa birthday dia. Nak2 lagi bunga petik kat tepi jalan.. Dia tetap senyum lebar walaupun tau bunga tu akan layu lagi 2,3 arie. T__T
kredit : Google

Tapi hadiah untuk lelaki nie yang pening sikit nak carik.. am i rite? ker aku sorang jek rase macam tu. uhuuuu~ So ada idea tak nak hadiahkan apa pada yang bergelar lelaki niey ?? Cadangan plzzzzz >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

GiveAway Blogger Bertuah by JiwarOsak Dot Com



Hehe... adakah saya blogger bertuah yang dicari ??
ecEhhh !
Tengok hadiah pun dah terbabas iqa menaip, kalau ada luck menang agak2nya guling-guling kot ? ahaH~~

Kesemua hadiah nie ada tuan sponsornyer ! Jangan buat-buat blur pulak. huhu,
Jom terjah para sponsor :--

AbgferOz - 
Mia Liana - 
BlogFyna -
Myravea -
Cik Pjaz -
Dkna Abza -
Luna Lee -
MahaMahu -

Diwajibkan terjah satu persatu yer. Amik berkat kata orang.. ehh?
So nak tag ;
Dela, Liya, Ratu, miss qea, nana

Oleh kerana nak bagi semangat korang berkobar-kobar supaya join sekaki, meh nak tunjuk hadiah dia :---

1. Domain .COM / 1tahun
2. Cash RM50 
3. 3 header percuma
4. 4 aplikasi fanpage
5. Topup rm10
6. Pendrive kingstone 8gb x1 dan bag case HP x2
7. Sevonir dari oversea 3x
8. Topup rm10 3x
9. Review blog 3x + Topup rm15
10. Topup rm50
11. Bedak arab 2x
12. Mug changing colour n design
13. Top rm5 2x
14. 3D Sticker Room Decor 3x
15. Lens 2x
16. Cenderahati 5x
17. Topup Rm10
18. 2 helai cotton shawl
19. Bag sophie paris 1x
20. 1 set gelang, 1 tudung bwal, 1 shawl, 3 inner scarf
21. Produk Haruman Muslim 2x
22. Sevinour 6x
23. Topup Rm10 3x
Seronok ? Apa-apa pun klik banner GA kat atas atau SINI untuk info lanjut. weeeee >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 9 September 2012

Thank You Garnier


Hari nie baru rasa bersemangat sikit nak update blog. Kalau tak tu sibuk memanjang sampaikan blog nie memang diabaikan terus. hehe, cuti-cuti hujung minggu nie kalau duduk rumah baru lar terhegeh-hegeh nak tanya khabar blog kan.. ehh! ^__+

Bila takde keje, duduk pulak sorang2 dalam bilik.. ape lagi,, iqa memang suka bukak almari baju, laci2 almari solek, bukan buat ape pun. Dok mengemas, buang harta karun yang dah tak guna lagi. Sambil2 tu dok cuba baju2 yang ada dalam almari. Tiba-tiba terjumpa pulak hadiah yang Garnier bagi ritu. Nak tengok apa yang iqa dapat?? >.<

Tadaa !! 

Mula-mula dapat parcel dari posmen ritu terkejut jugak sebab tak memasal Garnier nak bagi hadiah nie kan.. bila masa pulak iqa masuk cabutan bertuah ? hihi, bila baca surat dia sekali baru lar ingat rupa-rupanya iqa ada mendaftar dalam program " Sinar Cahayaku ". Alarr, program yang kita jadi kakak angkat pada anak-anak yatim tu. Rupa-rupanya peserta 200 terawal akan dapat hadiah gini. Thank u~ thank u~~ ^__^


Iqa masuk program nie pun sebab berminat nak jadi kakak angkat pada anak-anak yatim nie. Teringin nak ada adik perempuan. eheeee~ So pada wanita-wanita Malaysia yang teringin nak jadi "kakak angkat" boleh klik > Garnier < untuk keterangan lanjut. Atau > SINI < untuk info program Sinar Cahayaku. Bersama kita meluangkan masa dan berkongsi pengetahuan dengan adik-adik yang kurang bernasib baik nie dalam menempuh alam gadis mereka. 

"Take Care"  ^_^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ