Monday, 6 February 2012

POPULAR Sesak!


Hye..hye! Terlupa pulak rini hari senin. kikiki.. asal cuti je ingat hari Ahad! ngeee.. Act, tadi baru jek letak shoutbox baru. Busuk tu aku tak buang pun sebab dia dah oke balik. Cuma tambah cbox dekat bawah dia. So boleh pilih nak cakap kat mana pun. Sesape yang yang ada masalah dengan busuk tu, boleh guna cbox. Ini hasil cadangan korang jugak tau. Macehh sebab bagi cadangan. ^_^ Jadi semua da boleh cakap-cakap kat cnie.weee

Berbalik pada tajuk utama.. semalam kan hari Ahad. So, aku ngan family pegi lar POPULAR dekat Jusco Aeon. Hajat dihati nak usha novel lagi kat sana. haha.. Kebetulan adeq aku pun nak guna voucher buku 1 mesia yang dah lama dia peram tu. Bila sampai, tengok dari luar macam biasa jek. Masuk jek pintu POPULAR tu dah bising macam pasar borong. MasyaAllah!

Orang yang nak bayar dok beratur dari depan kaunter sampai lar dekat rak buku yang hujung sekali. Nak jalan pun langgar sana, langgar cnie. Ishh, rimas betoi! Macam-macam perangai ada. Kebanyakan student lar yang dok bertapa kat dalam tu kan. Sampai aku dengar kengkawan dia tanya, "lama lagi ker kita nak bertapa kat cnie?" huhu.. 

Ada tu pulak, dorang siap bawak kalkulator lagik ko!! pilih jek kira. Pilih jek kira! haha.. comel2. Macam-macam lagi lar. Aku yang nak tengok novel nie pun jadi dah tak bersemangat. Takley focus tau! Last-last aku dok tunggu kat luar jek. Buku-buku kat sana pun banyak yang SOLD OUT. Sampaikan adeq aku tak dapat nak beli buku yang dia nak. Nak beli mouse pun da tinggal rak jek. Bayangkan lar.. =.='' 







Yang nie bahagian hujung kedai.. tak sesak sangat. Tapi still susah nak lalu. Cuba korang peghati bakul-bakul kat bawah tu. Penuh2 sumenye beb! huhu

So we all decide pegi jumaat minggu depan jela. Hari biasa.. Rasanya time tu tak ramai sangat sebab kebanyakan student keluar outing arie sabtu ngan ahad. hohoho.. ^.^ Popular betul kedai POPULAR sejak dua menjak nie kan. Semua gara-gara 'Baucar Buku 1 Malaysia' (BB1M) yang diberikan oleh kerajaan pada student IPT,Matrikulasi,Politeknik,dll.


Kata Jari : Jadi yang dapat kena ucap terima kasih pada kerajaan sebab melaksanakan inisiatif pemberian voucher buku pada students. Untung kan jadi rakyat Malaysia? :)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

18 komen jejari cumil:

AmirFX said...

Dulu takder pun dierang bagi.. Semua guna duit sendiri... :D

Diera Tekikushika said...

haha. samalaa popular kat batu pahat pooonnnn seessaaakkkk kemain ! =)

sitihanisahali said...

yeaaa thnx kerajaan sbb bagi voucher ni.walaupun ade yg tak bersyukur.tp sye bersyukur.alhamdulillah.

Zahirah Dzulkifli said...

Saya still nak cakap saya tak guna lagi baucer tu. Tolong jangan hasut saya. Hahahaha

Si BuDaK KaChAk said...

pergh....ramainya...nsib baik arini dok umah...

emy|farid said...

kesian kmi dh grade, tak sempat merasa baucer. huhu

Hanif said...

Untng Popular!!
Dan semakin ramai rakyat Malaysia yang membaca!!!

puteяi ʓαняα said...

huhu. x pakai lagi baucer tuh :p

http://puteri-zahra.blogspot.com/2012/02/my-very-first-flash-header.html

Ezad Skytech said...

semua borong buku2 kot...tu yang penuh je...heee~

khairul said...

ramainya

Gary Asip said...

hehehe.. bantai beli novel yer~.. gitau najib~ :p

emy zulaiha said...

jelesnye! nak jugak baucer 1 msia! hehe :)

naiemah_ramli said...

tak dapat..jalesnya :(

zareliqa afiqa said...

@ gary Asip : Beli novel guna duit sendiri. Lagipun sy tak dapat voucher tu.huhu=.='

IntaNBerliaN said...

hihii.. bagus lah.. org dah makin ramai suka mmbaca..heheh

MaYa MustWany said...

hiihihi..mcm2 hal..bguz krjaan kita ni.skurang2nya kita kene brsyukur kn.

aRa ❤ aFiq™ said...

xsmpt g na g popular beli buku.. hehe

xila riston said...

dulu gune duet pt je hukkk hargailah ye ><