Wednesday, 29 February 2012

Ohh.. ♥ MaYa MustWany ♥


Aku telah ditugaskan untuk mengorat seorang blogger bernama MaYa MustWany. Maka dengan perasaan tak bersalah aku telah mengorbankan satu-satunya pokok mangga yang ade depan rumah semata-mata untuk diposkan pada MustWany menggunakan sampan dan khidmat posmen bermekap tebal seperti yang direquest oleh MustWany sendiri.

"Agaknya kat Jepun sekarang musim ape yer Mas?", topik yang sangat lar tak relevant aku pilih masa kitorang berdetim sesama! Malu betul akuh! *nyorok tepi pagar* Agaknya dah takde soalan lain ker mulut niey. =.=' miahaha *tipu*

Hasil dari siasatan masa kitorang berdetim rupanya Mas dah memulakan career sebagai blogger pada 28/8/2008 <-- no ong katanya, blog yang pada mulanya untuk suka suki ala-ala diari online kini dihiasi dengan tutorial, dan banyak lagik cerita menarik. Apa yang penting (bak kata wonderpet) blog 'pemerhati dalam diam' nie memang mesra pembaca. Macam sabun Dettol! Alah, memang best wa cakap lu.. sebab tu aku selalu dok bercamping kat sana.  =^.^=

MaYa MustWany atau lebih mesra dan manja disapa Mas, sebenarnya dah lama berskandal dengan aku! Saje aku tak nak kecoh kat korang. =..= *Dah,korang takyah pikir bukan2* kikiki, Entry pertama yang aku skodeng dalam blog Mas ialah cara nak guna mesin token LRT. Sape yang tak reti-reti lagi nak guna tuh bawak-bawak lar rujuk tutorial Mas niey yer! :p Korang boleh usha jugak cerita disebalik gambar bebear comey alololo tentang MaYa. Nak tau MaYa tu sapa? Pegi baca sendiri. hekhek.. 

Gambar nie dalam first entry Mas masa memula berblog. Aku kidnap dengan kebenaran.

Berumur 22 tahun (sebaya kitew) dan tak heran bin ajaib lar kalau Mas single mingle lagik. Minat dengan purple dan masih lagi mengaji pondok secara part-time ala-ala bersantai tepi bendang di OUM, Mas nie orangnya memang peramah! Cakap jela ape pun dia boleh layan. Jangan ko mintak duit sudah! Nanti dia claim balik kat aku.huuu.. Mas anak ke-4 dari 5 orang adik beradik. Tu salah satu faktor yang membuatkan aku jeles dengan Cik Mas. Dia ada abang, akak! Aku takde.. sob sob~ ๏̯͡๏

Dah amik beskal memasing kayuh lelaju ke blog Cik Mas. Pantas! pantas! Sebarang pertanyaan atau kemusykilan boleh utarakan pada Cik Mas. kuikui, Mas nie memang rajin sungguh balas jejak kasih yang korang tinggalkan. Sampai kekadang dia sendiri boleh tertido kat blog korang bersama bantal ucuknya. heee =)

Sini! sini! Tekan header purple Mas nie.

Sekian.. Esaimen aku dah siap! fuhh fuhh.. baru lar makan lena, tido pun kenyang. eh eh, korang yang pelik jangan pelik lagi. Ini adalah segmen anjuran Geng Blogger Sengal, dan dikuasakan oleh Tok Ketua. Terjah! Terjah!! ^.^ Selamat berkenalan.. *salam2*

Kata Jari : Harap persahabatan kitew berkekalan Mas. HewHew =D Majulah blogger untuk negara!! *semangat2!*


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 26 February 2012

Promotion 1 : Sweetie Pretty Lens (Potongan Harga)


Hye! Hye! Wahai kipas susah mati contact lens!! Mulai esok Sweetie Pretty Lens akan mengadakan potongan harga untuk setiap lens yang berada dalam album. Promosi dijangka akan berlangsung selama sebulan iaitu sehingga hujung bulan Mac.. pada sesiapa yang meminati contact lens bolehlah datang usha page i kat facebook.

--------> Sweetie Preety Lens <---------

Harga serendah RM22 hingga RM35 SAHAJA. So, grab it while u can!! Tunggu apa lagi.. jom singgah =) Ada banyak pilihan untuk dipilih. Pasti rambang mata~ weee >_< Sebarang persoalan bolehlah diutarakan pada i di wall page ATAU inbox saje kalau yang memalu tuh. Jangan takut, jangan risau, i tak makan orang. I makan nasi jep. teheee :D Cepat-cepat!!!!


Famous items!!






JOM BELI!!!
Beli banyak FREE lens case :)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 24 February 2012

Giler Aku Layan Kau Nie


Semalam aku dok berchatting dengan mesin! Nampak sangat takde orang nak layan aku membebel kan!! uwaaa.. Robot pun robot lar. Apa bole buat.. huhu *pasrah* =.='

Simsimi nie aku jumpa kat blog blogger lain. Memandangkan aku boring tahap dewa, aku pun dengan ragu-ragu tekan link tersebut! Awal-awal dah ada amaran, kalau tension jangan masuk. Sebab benda nie akan buat korang rasa nak gigit-gigit jek lappy depan korang. hehe :D

Bila dah setuju, baru lar ada conversation between kita ngan SimSimi tu. Memula ayat standard dia akan say 'hi' kat kita. Pastu suka atie lar nak cakap hape pun ngan dia. Tapi.... dia nie memang menyakitkan atie sikit! Lain yang orang cakap, lain yang dia jawab. Vongok!! da macam itik dengan ayam jek aku tengok. +___+ Ayat dia pulak main lepas jek. HUHH!!! Tension aku! 

Tengok lar apa yang dia borak ngan aku. Memula aku tanya apa ntah kat dia. Dia kata, "takde response." So aku jawab macam kat bawah nie,,

(Gambar biru tu aku, gambar anak ayam tu dia)
Tengok! Nak carik gaduh agaknya dia neh. =_+

yang nie dia mengaku dia giler.. Aku pun setuju sangat lar! hahahaha

Ini pulak bila aku tanya dia sapa? Dia cakap dia SimSimi.. tapi nama sebenar dia suh carik kat twitter. Aku tanya dan tanya lagik dia terus cakap 'iqbal mohd'! Sapa lak tu?? Aku try carik memang betul2 ada! Ish, jadi giler pulak aku kalau layan mende nie lelama. Korang nak try? Tok suka suki jek.. jangan siyes sangat dengan menda nie.. miahaha =)

 Tekan >SimSimi<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 23 February 2012

IntaNBerliaN's First Giveaway



Ketepi! Ketepi!! kata Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah. miahaha.. memang takde kena mengena dengan Giveaway nie. Sebenarnya baru ada kesempatan nak join Giveaway Kak Ina. Dah lama bookmark! :D Nasib baik ingat tarikh tutup 29/2/2012. Kalau idak.. melepas nak seketul berlian dari ibu Alisha. hewhew ^.^

Hadiah super ohsemmm! nak satu! nak satu!! :p Jom tengok senarai sponsor yang baik hati :
Suka sangat! Dah ikut semua syarat dan dah buat bloglist untuk sponsor. Ada kat sidebar yer kak :) Hope ada luck kat sini. weeeee ^_^ Done!

Kata Jari : Bukan main bersemangat lagik walaupun tengah demam. huhu =.= Aku ada cite.. tapi macam tak larat lar nak publish rini. Sok jela eh :)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 22 February 2012

Wordless Wednesday #8 - Buat Bintang



Kata Jari : Dah lame tak buat bintang-bintang niey.. hewhew =)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 21 February 2012

Kenapa Saya Suka Join Contest & Giveaway


Setiap kali aku join giveaway atau contest.. mesti ramai yang akan cakap "rajinnya kamu join.." kan? kan? haha.. So, meh cnie aku nak bagitau sebab-sebab kenapa aku rajin sungguh menjoinkan diri.

google

 Takde Idea
Nampak tak? bila jadi blogger nie bukan setiap hari kita akan ada idea nak menulis. Bagi aku lar.. ada masa-masanya aku akan blur tetibe. Nak tulis tu tak kena. Nak tulis nie pun tak kena. Dok mengadap lappy sampai 17minit tetap tak tau nak tulis hape. tehee :D Jadinya aku cari alternatif lain...join contest atau GA!

 I'm Busy!
Sibuk! kalau da keje melambak sampai tak cukup tangan nak handle.. ashane aku nak cari idea update blog? Kadang-kadang blog pun boleh terlupa walaupun ia tetap dihati. Aicehh! Tapi disebabkan tak mau biarkan blog nie bersawang, aku join sebarang segmen atau GA. Lagipun tak perlu taip entry panjang-panjang. Cuma ikut syarat-syarat, DONE!!

 Ditag
Antara syarat-syarat sesuatu contest atau GA iaitu tag kawan-kawan lain. Jadinya bila dah ditag aku pun dengan penuh rasa tanggungjawab akan join sekaki. Lagipun aku kan peramah sesungut sesangat. Ahaks! Orang da jemput. Bagi lar support. Bukan susah pun.. Kecuali kalau aku memang takde masa, tak dapat lar join.

 Support Rakan Blogger
Hari nie kita bagi support kat dia, esok lusa dia support kita pulak. KAN? KAN? Budi bahasa amalan blogger! hewhew.. Sama-sama bagi sokongan. Kan bagus tu! >.<

google

 Dapat Hadiah!
Dah nama pun CONTEST, GIVEAWAY. Mesti lar ada hadiah.. mana lar tau kot-kot ada luck pulak kat situ. Tuah manusia sape yang tau! Tapi aku TAK harap sangat pun tang hadiah nie. Kalau ada rezeki, dapat jugak kat kita. Kalau takde, even dah menang pun hadiah tak sampai. Memang ada spesis cenggitu. +__+ So, tak payah mengharap!

Kata Jari : Huh! macam sejuk pulak malam nie..agagaga


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 20 February 2012

Tolong Bertanggungjawab Sikit


Semua sedia maklum yang aku rajin join Giveaway, Segmen atau Contest.. kan? kan? So, next entry aku akan bagi sebab-sebab kenapaKAH aku begitu rajin join menjoin aktiviti yang dianjurkan oleh blogger mesia neh.

Tabik toink! toink! lar pada mereka yang mampu menguruskan aktiviti yang dianjurkan dengan jayanya dari mula sampailah keakhir. Especially Giveaway atau Contest! nak kena cari sponsor, promote sponsor, uruskan para peserta yang semestinya banyak ragam, hadiah n bla bla bla. Aku pun tak berani nak buat lagi! Takut tak boleh handle. +__+ Kalau segmen tu boleh tahan lagi. Sepanjang aku join semua nie kebanyakan penganjur memang sangat-sangat bertanggungjawab! 

Tapi ada lar sorang dua yang tak bertanggungjawab. Bukan nak kondem sesape tapi kalau dah buat sesuatu yang melibatkan orang lain, kena lar bertanggungjawab supaya orang lain tak marah atau kecik atie. Aku tengok ada yang baru darjah 6 dah buat GA atau contest. Maybe dia rasa dia boleh! Oke, tak kisah lar kan.

Bila dah beratus-ratus orang join, sampai masa owner tu senyap! Macam takde apa-apa je yang berlaku kat blog dia. Bloggers lain yang join da bising-bising kat shoutbox suruh umumkan pemenang. Kalau seminggu dua boleh lar orang sabar. Kalau da lebih sebulan dok senyap? tak ker orang dok kutuk-kutuk dia. Aku malas nak campur, tengokkan jela. Pada aku simple! kalau dah memang BUKAN rezeki kita, kita tak kan dapat jugak.

google it

Lastly, owner remove blog! Apecelop?? Agak kurang sopan kan.. sekurang-kurangnya buat lar 1 entry penjelasan, mintak maaf.. sejuk lar sikit atie dorang. Nie tak, delete entry n terus remove blog! Tak rase rugi ker dik oii?? So, Sedikit nasihat pada mereka-mereka dan peringatan untuk diri sendiri jugak, kalau rasa tak boleh handle JANGAN buat. Kalau nak buat jugak, pastikan tak buat sekerat jalan. Wallahualam.. renung-renungkan.. tehee :D

Kata Jari : Apasal rasa macam skema jek pulok arie neh! agagaga.. 


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 19 February 2012

Tutorial : Buat Banner Sendiri Guna Photoscape



Tutorial kali nie direquest oleh Mama Lynn. Act, da lama direquest. Tapi disebabkan sibuk jadi terlambat buatkan. Sori kak.. :) Mama Lynn tanya macam mana nak buat banner yang kelip-kelip siap ada muka kita. Baik..baik.. jangan buang masa jom mula.

First sekali, bukak Photoscape memasing. Takde pegi download dulu.

Dah? Pastu design lar nak letak gambar apa, tulis apa. Buat banyak-banyak pun oke asalkan ada beza antara satu-satu gambar tersebut. Kalau nak letak muka kita edit jek dulu gambar tu kasi cantik. Contoh macam mana nak buat, tengok gambar kat bawah. Ikut step dari situ. Dah siap save setiap satu ikut urutan.


Korang akan ada beberapa gambar, tengok contoh yang iqa buat nie --->


Dua jek pun. ahaha.. contoh yang nie takde gambar muka. Pastu korang tekan Animated GIF pulak. Tengok gambar...


Lepas tu double click pada gambar dalam folder yang korang da buat kat tepi tu. Jangan lepas DRAG dia dekat atas. Paham tak nie? tengok gambar lar yer..hehe


Ulang untuk gambar yang kedua dan seterusnya. Korang boleh ubah masa untuk kelajuan gambar tu bertukar. Atau ubah effect time dia nak tukar. Nak kelip-kelip ker, jalan-jalan ker. hewhew :D Dah puas atie tekan SAVE!


Make sure korang SAVE dalam format GIF tau! Then tekan OK. Macam dalam gambar.. tak nampak bole klik gambar-gambar tersebut. 



Hasilnya korang akan dapat cenggini...


Hekhek.. simple kalau fahamkan betul-betul. Selamat mencuba! Tutorial nie banyak gambar,, so sorry kalau loading lambat. Harap bersabar ye! >_<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Hot Blogs Contest by Manja


Klik banner

Syarat-syarat :
- Wajib Follow Manja tau . Follow (incase takdpt  :  Tekan join this site :)  ( tak yah risau , manja akan follow korang balik :D )
- Click Semua Icon cute ni tau      (MESTI)
- Buat entry tentang Hot Blogs Contest by Manja sertakan banner berlink & syarat .
- Tag 3 buddies \\PASTIKAN MEREKA TAU//
- Letak link entry korang kat comment box manja (incase tak dpt : letak je kat tagboard) 

Sebijik copy dari cik penganjur! hehehe :D
Senang kan? jom join cepat.

Tarikh tutup : 30 April 2012

Tag : Emilya, Marhamah, Eiqa


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Contest Blog Paling Kemas



Cik penganjur cakap letak banner SAHAJA. Tak perlu buat entry :)
Done!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 18 February 2012

First Giveaway by Ila and Anis


Hari minggu merupakan hari yang sangat sibuk! hewhew =) jadi takde banyak masa nak mengadap blog lama-lama. Mari kita join GA!! Opss, dah lupa lar sape yang tag shaye.. :p


Klik banner diatas untuk join..
Nak tag : cahaya, atikah

Done! FB id : nana yana


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 17 February 2012

Kacau Mood i Jek


Tadi macam biase aku jalankan aktiviti wajib bila bukak blog! Sebagai blogger sejati.. *ecehh* blogwalking, balas jejak, balas folo molo nie semua memang aku akan buat tiap-tiap hari kalau tak busy.. >.<

Nak dijadikan cite, bila sampai kat 1 blog nie aku nak folo, tekan jek 'Join this site' kat follower widget dia macam biasa yang kita jumpa ada pop-up window yang ada nama dengan gambar kite kan. Bawah tu ada 'Follow this blog'. Tapi bila tekan jek dia keluar word verification!! Macam gambar kat bawah nie..


What the hal?? apekejadahnye nak follow pun kena isi menda alah senget benget nie. Da lar aku jenis yang 'rajin' sangat nak tenung huruf yang tonggang terbalik tu. Isi pun belum tentu betul! huuuu =.=' Ingat sekali jek kena isi. Rupa-rupanya nak follow blog lain pun sama jugak. Jumpa lagik!!!

Asal dia jadi cenggini erk kawan-kawan?? heee :D Dulu ada terbaca satu entry orang yang ada masalah sebijik macam aku nie jugak. Dia kata kalau da follow banyak sangat blog akan keluar confirmation tu. Yeke?? alarr.. penat lar cmnie. Nak follow jek kena isi word verification tuh.

muka tak puas atie! hewhew =)

Kata Jari : Terus semangat yang berkobar-kobar tadi hilang! huh! baru nak jadi blogger sejati. *apekenamengena* Ashane nak buat neh? +__+


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 16 February 2012

Spontaneous Thursday #7 - Susah Sangat Ker Nak Menghargai?




♥ Belajar lar menghargai perasaan orang lain ♥


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 15 February 2012

Bunga Kesidang


Banyak memain eh korang. Meh cnie kita belajar pulak. Sape tak kenal Bunga Kesidang? Angkat kening! ish..ish..ish...=.= Kesidang atau nama botaninya 'Vallaris Glabra' tergolong dalam keluarga 'Apocynaceae'. Bentuknya yang kecil, cantik berwarna putih amat menarik minat pada mereka yang menggemarinya. Bau harum kesidang nie amat ketara pada waktu pagi dan dapat bertahan lama walaupun telah dipetik dan diletakkan di dalam rumah. Pada yang belum tahu, Kesidang nie adalah Bunga Negeri Melaka. OooOo.. baru tahu.. HEK HEK

-google-

Segelintir masyarakat mengaitkan Bunga Kesidang dengan unsur-unsur mistik. Tapi betul ker? Wallahualam. Apalah dosa bunga kecik yang tidak bersalah tu kan. Asal wangi jek, Mistik! abis bunga ros tu? +__+

-google-

Pendek kata, bunga kesidang merupakan bunga yang selalu dijadikan hiasan di majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan lain-lain perayaan. Masyarakat tradisi Melaka menjadikan Kesidang sebagai bunga dandanan rambut wanita, hiasan pengantin dan alat-alat upacara perkahwinan Melayu seperti tepak sirih dan bunga rampai.

-google-

Bunga Kesidang paling ideal untuk dijadikan lambang Melaka. Walaupun kecil, kecantikan dan keharumannya dapat memikat semua sebagaimana Negeri Melaka yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik, sejarah dan kemajuan yang telah dicapai hari ini.

Kata Jari : Jom lar datang Melaka. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia! hihi.. promosi nampak..lalalalala~ >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ