Tuesday, 31 January 2012

Malaysia Airlines Missing You Flashmob at KLIA


Mula-mula ingatkan video hape! kihkihkih, ingat orang nak buat filem ker...rupa-rupanya...., awesome jugak lar. Dah macam filem hindustan pulak aku tengok. Korang rasa?? 

Owh lupa pulak, nak tengok jugak klik SINI or Video Ohsemm! Aku suka tengok part lagu hindustan tu! Siap main kejar-kejar lagi ko!! awwww! Lagi 1 time makcik-makcik kat tepi tu nyanyi lagu rindu. heeee :D

Kata Jari : Suka lagu My Boyfriend's Back! >.<

Flash mob Malaysian Style!
Makan Free!
Sloggi Girls' Night


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tutorial : Letak lagu dalam blog


Tutorial nie direquest oleh shahdiana. Jejak tak dapat dikesan sebab 'profile disable'. Takde link blog.. Takpela, harap dia selalu lar datang cnie dan tengok tutorial nie. Okeyh, Shahdiana tanya macam mana nak letak lagu dalam blog? Bila masuk jek blog ada lagu jiwang-jiwang tu. Wahh, layan perasaan nampak! heee.. Act, ada yang suka.. ada yang tak. Tapi terpulang lar memasing nak letak ke tak nak. Blog korang..

google

Pada yang berminat nak letak, meh iqa ajarkan. Tapi versi lama lar eh. Dulu iqa pakai musicdumper. Sebab dia ada 'pause' button. Senang! Kalau ada readers yang tak suka lagu tu dia pause jela. tehee.. Kalau pakai gratisan music dia tak boleh pause kan.

Mula-mula korang pegi kat SINI dulu. Cari lar lagu apa yang korang suka. Macam-macam ada. Nak lagu omputih ker.. lagu seberang ker.. nasyid ker.. pilih-pilih! Bila dah confirm nak lagu apa.. KLIK jek lagu tu.

Nanti ada 'Song Preview'. Scroll bawah sikit ada, 'Embed Options'. Copy 'Embed code' yang ada dalam kotak tu. Buka blog, pegi kat Design > Add a Gadget > HTML/Javascript. Pastekan code yang korang copy tadi kat situ. Done!

Kata Jari : Malas nak printscreen! lalalallaa~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 30 January 2012

Tips Mendapat Buffered Earning (BE)


Beberapa hari lepas, dengan perasaan tak bersalah aku dok mengusha incik Nuffnang sayang. HekHek.. larr, kata kalau nak BE kena selalu beramah mesra dengan nuffy. Aku buat ler nie.. Selalu  anta tiket wayang kat dia! :P Segala kemusykilan, aku terus tanya. Dan kali nie dengan confident aku tanya, bila aku boleh dapat kempen CPM! KEKEKE!!


Aku buat ayat baik punya. Meh nak ajar sikit, korang tanya lar camne nak dapat kempen CPM tu.. Apa yang kita kena buat.. Faktor yang membolehkan kita dapat CPM. Walaupun kebanyakan jawapan dia kita da tau, tapi buat-buat tak tau jela. hihi,, Pada yang belum tau, cenggini jawapannya :


>>> Selalu kemaskini ruangan 'survey' <<<
Pihak Pengiklan (Advertiser) sentiasa mempunyai pasaran khusus untuk kempen mereka. Jadi mereka akan memilih blog yang mempunyai pembaca yang bersesuaian dengan kempen sebagai sasaran. Contohnya, korang selalu tulis pasal gadget. Mesti pembaca yang mempunyai minat sama akan baca blog korang. Yer dak?? Jadi peluang untuk Pihak Advertiser memilih blog korang amat tinggi jika pembaca korang menepati sasaran Advertiser.
So kemaskinilah kat situ blog korang kategori, teknologi. Faham kan? Korang digalakkan untuk kemaskini dari masa ke semasa. Buatlah dalam seminggu sekali ke.. tapi kalau nak update tiap-tiap hari pun boleh.

>>> Letak iklan di tempat yang sepatutnya <<<
Nie pun penting dear. Jangan lar korang letak iklan dekat tempat yang tersorok. Nun jauh kat bawah blog. Macam mana pembaca nak nampak iklan tu. Kena pulak pembaca yang malas nak scroll sampai habis. =.= Ingat, jangan buat Pihak Advertiser rasa rugi letak kempen mereka kat blog korang. Memang kempunan lar nak BE nanti. Aiyookkk~

Sebagai contoh, iklan "Skyscraper" haruslah diletakkan atas sekali kat bahagian sidebar masing-masing. "Leaderboard" tu letak lar dekat atas header atau bawah header janji iklan tu jadi benda pertama yang pengunjung korang akan nampak bila masuk blog. Manakala, unit iklan "Large Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama korang. Kalau unit iklan blog korang tak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan, maka peluang tu tipis lar.

>>> Status Geli-Geli (Glitterati) <<<
Glitterati-Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana Pihak Pengiklan lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program hadiah untuk para Bloggers yang paling setia dengan Nuffnang. Ahli biasa masih akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan ahli Glitterati. Pendek kata, jangan CURANG! +_+

>>> Hantar Tiket <<<
Walaupun tak tau keberkesanan cara nie, tapi ramai yang buat. Tak salah kalau nak cuba. Kira tunjukkan yang kita nie masih aktif berblog dan blog kita masih lagi wujud di alam maya.hohoho ^.^

Jika nasib menyebelahi, Pihak Pengiklan akan memilih blog kita untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk mendapat beberapa angka di ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah! Jadi sama-samalah kita berusaha untuk dapatkan BE! hoyeahhhh!! >.<

Kata Jari : Nuffnang...oooo Nuffnang... bila nak kasi BE nie??? @.@


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 29 January 2012

Perasmian Sweetie Pretty Lens

Entry melekat 7 hari 7 malam! Entry terbaru sila scroll kebawah. toce!! >.<

Finally! yeahhh.. Setelah beberapa hari menyibukkan diri.. akhirnya dapat jugak luangkan masa kembali dengan blog tersayang. Alooo..mucuk, mucuk. Ahaks! Sebenarnya aku dok sibuk manage page lens shop yang baru dibuat. Jadi segala gosip-gosip yang mengatakan aku sibuk menyambut Gong Xi Fa Chai adalah gosip semata-mata yer. kihkih, Ah Chai tokey kedai runcit tu tak ajak datang umah dia pun. +_+

Setelah bersengkang mata mengasingkan gambar-gambar dari catalog, dah tu pegi pulak upload dekat page.. akhirnya siap jugak walaupun tak sepenuhnya. Dok promote kat kengkawan lagi! aigooo~ Penat? Sangat penat. Lagi pulak aku baru jek buat biz nie. Macam-macam nak kena buat. Disamping tugas yang sedia ada lagi. Macam sengaja cari keje pulak rasanya..hee :D Tapi takpe! aku minat!! ^_^

Act, dari dulu lagi memang suka sangat dengan bisnes. Tapi tak tau macam mana bole terjebak dalam bidang engineering nie. huuu.. Mula dari sekolah ler.. dah tu bila nak sambung study rasa sayang pulak nak tinggalkan, so sambung jugak dengan engineering lagi. hihi, apa bole buat. Aku dah jatuh cinta dengannya! awww! Tapi bisnes tetap dihati oooo..^^

Sekarang bila ada peluang aku rembat lar. kihkihkih.. Okeyh, cakap banyak pulak. La nie nak promote produk yang shaye jual. Sedia maklum, Ai jual contact lens yang cantik2, comey2, sweet2, dan paling penting murah sekali! Girls?? what are u waiting for?? meh lar datang usha page ai. Don't worry pasal harga. Memang murah!

'Kini anda mampu memilikinya'

Baguih punya motto. hihi, *memandai jek* Guys?? korang pun bole lar usha kalau nak tukar color mata tu. heee.. Layan gambar sat.. antara lens yang aku jual kat Sweetie Pretty Lens,






Nak tengok lagi banyak boleh terus singgah page aku nie, like sekali yer.. :D Kalau ada yang berkenan just let me know ya! >.<

>>>>>> Sweetie Pretty Lens <<<<<<<

So, dengan ini.. saya merasmikan pembukaan lens shop 'Sweetie Pretty Lens'! *tetibe* padahal dah rasmi pun 22.1.12 ritu. Ngade nak sebut jugak. Datang tau kengkawan! I kasi discount punya!! weeee


Kata Jari : Terpanjang pulak entry kali neh.. +___+


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Debaran Anugerah Juara Lagu Ke-26


Berdebar ke? Memang tak la sebab bukan aku yang bertanding. muahaha.. Watpe sibuk-sibuk nak berdebar sama. Lain lar kalau aku finalis. Baru terkeluar jantung.. berpeluh sebaldi bagai, *over kau* +_+ Tapi agak-agak korang lar sape yang menang? 

Kadang-kadang bukan boleh ramal pun. Tengok macam tahun lepas. Baru ternganga mulut memasing kan?? heee :D Tapi apa-apa pun vote for "3 Suara"!!!! Boleh pulak main vote! vote nehh. Adehhh...=.=

Gambar 1
Sumber : SINI

Memang suka sangat dengan lagu Beribu Sesalan! Kadang-kadang tertukar 'Berjuta Sesalan'. Jangan marah..weee ^.- Hanya untuk situasi aku jek. KehKehKeh! 

Hurmmm...sape? sape? sape menang... *lagak macam ketua juri pulak aku sensorang kat uma* Tunggu jela malam nanti. BAI~

-google-
Wonderpet dengan AJL memang takde kaitan. LOL

Kata Jari : Sambung blogwalking sambil nyanyi lagu Wonderpet! lalalala


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 27 January 2012

SEGMEN BLOGWALKING & CLICKING BY FARAH


Saya malas nak update blog!! huarghhh.. bagus punya statement! Disebabkan itu saya nak join 1 segmen yang menarik by Cik Farah titew nie. Boleh jugak tambah kenalan sekaligus menambah semangat untuk kembali aktif dalam blogging.hahaha.. kenapaKAH aku menggunakan ayat sebegini?? +__+


Tengok tajuk pun dah tau nak kena buat apa kan?? apa lagi.. Blogwalking! blogwalking! Jangan memalas macam sesiput.

Cik Farah tanya : 

Nama apa??
...Iqa for short...

Umur??
...21! belum 22...

Tarikh Lahir??
...7 November...

Berapa lama berblog??
...8 bulan, 2 minggu, 4 hari...
Oke siap! sape nak join tekan banner kat atas. >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 25 January 2012

Wordless Wednesday #5 - Panas


-google-

MasyaAllah!!! yummy~

Video Ohsemm!
Kereta ohsemm!
Makan jom!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 22 January 2012

Busy! Busy!


~Google~

Petang readers! Minggu nie daku sangat sibuk! Sampai takde masa nak ngadap blog..hari minggu pun dihabiskan dengan dengan mengadap lappy dan cuba tuk habiskan kerja-kerja yang menimbun.uhuuu~ +_+
Tapi....macam biasa, rehat seminit dua akan daku habiskan dengan hapdet blog walaupun untuk sepatah kata. HEH HEH 
What can i say..

sumber : Google
OKBAI!!!! ^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 21 January 2012

Izwan Pilus Meninggal Dunia


Walaupun sedikit terlewat nak jugak buat entry. Confirm korang memang dah tau berita nie kan? Seriously masa mula-mula tau semalam terkejut jugak. Mula-mula, makngah call bagitau anak pakcik Pilus meninggal. Pastu busu pulak yang call. Time tu aku takde kat umah. Dalam hati, "Erkk.. itu kan penyanyi tu?" Innalillahiwainnailaihirojiun.. Act, memang dok sekampung kot dengan arwah.

~Gambar akhir~

Menurut orang kampung, arwah terkena jangkitan kencing tikus dan kuman dalam darah. Hari nie aku tak dapat balik disebabkan hal-hal yang tak dapat dielakkan. Moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah~

Berita penuh : Berita Harian


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 20 January 2012

Gong Xi Fa Cai! Uncle Says Nak bagi AngPow!!!


Wahh! aku pulak yang terlebih excited. Mana taknya, menang angpow bila kita teka jumlah dia dengan betul!! Cuma teka jumlah duit yang dia tunjuk dalam video kalau betul kita dapat lar angpow dari uncle Says Tahun Baru Cina nie. Cuba tengok video kat bawah sebagai contoh.

Sumber : Says & Youtube

Video nie first angpow rasanya. Dah ada orang menang.. Nak tengok yang terbaru atau second angpow boleh pegi kat >SINI< Jom ramai-ramai teka. Mana lar tau ada ongg ma.. dapat jugak angpow tambah-tambah duit poket kan. Bukan seposen duaposen tu! Jadi cepat.. round kedua nie tamat 23 Januari 2012. Jadi teka sebelum tu okeyh. Cara nak jawab boleh tengok kat >SINI< jugak. 

Woopsss! sape belum daftar says lagi bole daftar dulu kat >SINI<
Sekian... wish me luck yaw!! ^_^

Kata Jari : Maybe jarang update 2,3 arie nie sebab cuti!! weeehuu!! jadi banyak agenda. Tapi blogwalking dan balas komen akan dijalankan seperti biasa. heee :D


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tutorial : Blockquote Berubah Bentuk Bila Cursor Menyentuh


Hamboih! kemain panjang lagi tajuk. Sebenarnya tak tau nak letak tajuk apa..heee, hentam saje lar labu. Contohnya macam kat bawah nie :



Saya nak makan eskremm!! pegi beli cepat! ^.-


Cuba letak cursor kat kotak tu. Dia mengembang kan? haa.. macam tu lar yang iqa nak ajar. Tutorial direquest oleh cik mama.. Dah 2 kali cik mama request, hari nie baru ada kesempatan nak buatkan. sorry yer kak :) Sesape yang teringin nak buat blockquote macam iqa bole ikut tuto nie yer^^





Jom kita mula, macam biasa sign in blog dulu.

1. Dashboard > Design > Edit html > tick expand widget

2. Cari code di bawah, supaya tak juling nak cari satu persatu.. ( Ctrl+F )



post blockquote {


ATAU kalau tak jumpa cari yang macam ini



/* Content
----------------------------------------------- */


psstt : Jangan masukkan ---- nie sekali tau kat kotak find tu. Nanti tak jumpa. Cuma masukkan /* Content jek bila nak cari. Yang kat atas tu contoh coding yang korang akan jumpa.

Bila dah jumpa salah 1 code kat atas.. paste code kat bawah nie, DIBAWAH code yang kita dah jumpa tadi.



.post blockquote {
text-align: center;
border-top: 3px solid #F5A9F2;
border-bottom: 8px double #F5A9F2;
background: #F8E0F7;
padding: 5px;
}
.post blockquote:hover {
border-left: 3px solid #F5A9F2;
border-right: 3px solid #F5A9F2;
margin: 5px;
border-top-left-radius: 105px 15px;
border-top-right-radius: 105px 15px;
border-bottom-left-radius: 5px 5px;
border-bottom-right-radius: 5px 5px;
-webkit-box-shadow: 0 0 3px 3px  #000000;
-webkit-transition-duration: 1s;


Note :
Hijau untuk warna border
Merah untuk warna background kotak
Biru untuk warna shadow

Code warna bole tengok kat SINI

Dah siap preview, kalau takde error boleh save terus. Done!! ^_^ Lepas tu cuba lar buat blockquote dalam entry. Then tengok.. Kalau tak puas atie adjust balik keyh.

Itu saja! Boleh faham kan? Macam biasa kalau tau faham tanya jek tau. OKBAI

iPhone 4s
Sloggi Girls’ Night


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 19 January 2012

Spontaneous Thursday #5 - Cemburu!!


-google-

Eh, yeke?? mana ada.. mana ada.. lalalala~ :p


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 18 January 2012

Wordless Wednesday #4 - Safety First


-google-

Pinjam bole?? =))


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 17 January 2012

Cerita Kedai Kopi


Semalam seharian tak update apa-apa! miahaha, berjaya jugak aku menjauhkan diri dari cik belog nie walaupun untuk seketika cuma. Azam tahun baru tu kan.. act, aku ada beli novel baru ahad lepas. So, bila dah dapat novel memang leka lar dibuai perasaan yang munge-munge setaman tu. Sampai blog nie pun dianaktirikan! weee!! *kejam tak?*

Time kasih jugak pada yang sudi datang jenguk blog aku nie walaupun tak berupdate hape-hape. ngee.. alolo.., ucapan macam seratus hari pulak tak hapdet. Terlebih letewww! Tapi siyes! terima kasih yer kengkawan. Pada readers.. followers semua.. lebiuu.. ahaks^^

*Google It*

Sekarang dengan sukarela aku nak tolong promote followers ke 1000 blog BJB nie pulak. Mari! mari! mari dekat.. dah dekat tolong terjah. muahaha.. jeng... jeng.. jeng.... :)




Cerita Kedai Kopi!!!
( Nak order teh 'O' ais bole?? ngeee )

Jangan marah yer iqa kidnap header kamu. Jap lagi iqa pulangkan. heee ^.- Apa lagi mari kita kongsi cerita sambil minum kopi. Macam-macam cerita ada kat sana tau. Jom terjah!! Aku memang suka main terjah-terjah orang neh. uwaahaha^.^ Tekan jek header nanti sampai lar ke kedai kopi yang dituju. ~Macehhh dear~



Kata Jari : Nanti aku buat review novel-novel yang aku dah baca keyh. Best ooo.. awww!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 15 January 2012

Revolusi Lagu Dan Makna


Pernah letak lagu dalam blog tak? mesti penah kan.. alar, biasa lar. Mula-mula memang semua kita nak letak. Aku pun tak terkecuali dulu! Letak lagu, bintang-bintang, bling-bling, snow, ayat gerak sana.. gerak sini. hehe, tapi kisah ape. Blog kita kan. Tapi tu dulu lar.. sekarang nie banyak yang aku dah buang. Well, aku cepat bosan!!

Jom imbas kenangan, mula-mula buat blog dulu aku letak lagu >PEMILIK HATI-6ixth Sense<.
Ahaha.. jiwang meyh! Tengah frust kot. Blog nie wujud pun sebab aku nak buat tempat luahkan perasaan kekonon. Mengadu domba kat diari online. Followers pun takde lagi! Lagu tu mengekspresikan *ayat nak poyo* perasaan aku lar kiranya masa tu. My ex memang tau tentang kewujudan blog nie. Skunk nie dia ingat ker tidak dengan blog nie,,, DO I CARE!!!! Pergh! gilos!! Bila ingatkan balik saat tu.. MALU!!! sebab tu jangan selongkar entry lama aku! T.T

Next, lagu >LOVE SO SWEET-Arashi (Music box version)<.
Lagu nak bagi tido.. tapi romantik! shukeww! shukewww! memang sweet pun lagu tu. Eh, dah rasa ker? ngeee.. lagu nie letak saje-saje sebab dah bosan dengan lagu kat atas tu. Lagipun bila dengar lagu tu banyak kali aku rasa nak marah!! HAHA

Bila yang nie pun da bosan, aku letak lagu >I DO- Colbie Caillat<.
HaHA.. lagu nie pun aku suka.. yeah, I do~ I do~ I do~ DoDoDoDoDoDoDo... bersemangat bila dengar. Masa tu pun mood tiptop! HaHa^^

Lama-lama bosan jugak asyik 'i do' tak habis-habis. KEKEKE, jadi aku beralih pada lagu, >I'LL KILL HER- Soko<.
Sape yang aku nak bunuh? Macam berani pulak! Nak bunuh lipas pun takut. eeee.. geli2!! wekk,,,:p Cuma suka cerita dalam lagu dia jek. Tapi kalau aku, bukan i'll kill HER. i'll kill HIM! muahahaha

Lagu yang terakhir aku tepek kat blog nie.. lagu, >PUJAAN HATI-Kangen Band<. Masa bulan puasa lepas. >.<
Sangat-sangat bermakna lagu nie. Untuk orang yang setia dengar tangisan aku berjam-jam! Bagi semangat kat aku satu masa dulu. Thank you so much!! >.< Tapi aku terpaksa undur diri demi kebahagiaan dia. Hey! i nampak status u dekat YM, "sentiasa tunggu awk..percayalah.." It's killing me.


Kata Jari : Setiap lagu dapat mengekspresikan perasaan kita. That's why aku suka dengar lagu even lagu orang kawin. :)


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 14 January 2012

Twiends - Tingkatkan Followers Twitter


Hye hye! baru kejap tadi aku join Twiends. Twiends nie hape? Sila tengok tajuk! harhar.. aku dapat tau pasal kewujudan menda alah nie pun dari blogger Hanif. Act, da lama dia bagitau, tapi baru skunk aku tergerak nak tengok ape bendanya tu. Pendek kata kalau korang nak ramai followers a.k.a kawan kat twitter bole lar join. Caranya simple jek, meh nak tunjukkan sikit. :)

1. Mula-mula, pegi kat sini -----> Twiends

2. Then, tekan sign in with twitter atau add your twitter now macam aku dah bulatkan dalam gambar kat bawah.

klik untuk tembesaran

3. Masukkan email/username dan password twitter. Pastu korang akan jumpa macam nie pulak,

klik untuk tumbesaran

Isi jek apa yang dia nak dalam kotak tu. Da habis bole lar korang explore camne nak promosi twitter korang. weee :D 
Aku pun belum habis explore benda nie lagi. So, tak bole cite banyak. Kang terbagi ajaran sesat pulak. teheee :D

Cuba lar kalau nak. Aku join nie pun sebab aku tak ramai kawan lagi kat twitter. Baru buat kot twitter tu. heee, Kengkawan aku semua lebih suka layan facebook dari twitter. Apa lar..layan dua2 kan lebih DABOOM! ngeee.. Tak salah kan?? +__+ Twiends nie cuma medium untuk kita meramaikan kawan sahaja kat twitter tu! >.<
OKBAI
Kata Jari : Aku memang rajin join macam-macam tapi lepas tu.. 2,3 kerat jek yang aku aktifkan diri kat sana. wahaha :)) Well, nak buat ashane.. saya pun ada kehidupan sendiri!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Maaf.. Ku Harus Pergi


Maafkan ku harus pergi.. ku tak suka dengan ini....
Maybe kau lupa bahawa aku jugak manusia.... yang punya mata, telinga, hati dan perasaan...
So thank you so much, i'm sorry good bye.. lalalala~


Hey! jangan salah faham.. itu cuma lirik lagu Krisdayanti, i'm sorry goodbye. Takde makna aku nak frust menonggeng memalam buta nie. Tido itu lebih baik daripada menonggeng ye! Jadi tido biar molek-molek cikit. muahaha.. :P

Dah! dok terkebil-kebil lagi buat hape. Nak hapdet otak dah mintak rehat. Mata jek yang degil tak mau tido. Tu yang dok layan lagu nie sambil-sambil blogwalking. Meh layan sekali. Mana tau terus lelap. OKBAI! zzzzzzzzz

Sumber : Youtube
Kata Jari : Esok-esok jela aku update lagi. >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 13 January 2012

Serangan Cik Anon


Menjadi kemusykilan yang amat dasyat!, *ayat over melampau* sejak dua menjak nie spam box aku penuh dengan komen-komen cik anon. Err.. BUKAN yang nak cari gaduh tu! Kan da terCAPSLOCK. weee.. Dia tak cari gaduh, dia buat semak jek. tehee :D Asal anon jek mesti masuk SPAM! Kenapa macam tu pulak erk? +__+


Lepas tu tinggalkan link yang ntahapehape.. nak jual barang ker? sori! ai tak nak beli. Ntah-ntah.. dia bukan manusia. Hah! alien!!! *imaginasi terlampau!* kikiki.. abis, aku nak kena risau ker hape dengan anon neh??

~google it~
nie alien ker toyol?? ngeee

Tapi kan 'anon' nie macam nama makcik sebelah uma lar. Aiseymen! pemes lar makcik. hahaha.. Sampai aku pun terfikir nak tukar nama manja jadi ANONA. Sedap tak?? +___+ OKBAI!

Kata Jari : Tadi cite anon, ni cite alien pulak. Sah-sah kena pegi tido. grrrr=.=


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ