Saturday, 31 December 2011

Entry Terakhir tahun 2011..(Lutut! & Bye..Bye 2011!)


Entry Giler Panjang. Harap Maaf..
Semalam asyik join giveaway jek. Mesti bosan kan bila datang sini?? Alahai, tak sengaja. Lagipun benda tu jek yang senang dibuat bila tak sihat. huhu=.=

Cakap macam teruk jek pulak sakit tu. heee :D Takde lar.. takde lar.. propa kot. Lutut terhantuk dekat bucu meja time tengah syok blogwalking. aduhh, T.T Tapi yang peliknya kenapa sampai pitam pulak! Siyes! Aku pun tak tau. Yang aku tau, time tu angkat kaki nak bangun dari tempat duduk. Sangat confident pulak tu yang lutut ni jauh dari bucu laci meja. Sekali....ADOII!!!!!! T.T

~google it~

Sangat.. sangat.. sangat.. SAKITT! Tersentak aku! Macam ada kejutan elektrik kat lutut ni. Cuba korang duduk atas kerusi, pastu ketuk lutut korang. Tak payah lar kuat-kuat. Buat macam doktor nak check pesakit. Mesti automatik kaki korang akan terangkat kan. Tu untuk orang normal.

Bayangkan pulak, lutut aku yang terhantuk dengan kuat dekat BUCU meja tu! Rasa sengal sangat kat lutut ni. Lama lak tu nak tunggu dia hilang. Masa nak tahan sakit tu aku pejam mata sekuat yang boleh. Bila bukak mata.. Dah pitam! eh, eh, kenapa mata jadi gelap! Rasa menggigil kat kaki, tangan, n berpeluh.. Rasa macam lemah sangat time tu. Tapi takde lar sampai rebah kat lantai. uhuhu.. 

Last aku pitam dulu masa tengok darah, bila terpotong jari masa potong sayur. *bajet dah kebal lar konon* Darah yang mengalir, plus dengan rasa nervous. Terus pitam. Padahal, takde lar dalam sangat luka tu. +_+ Lutut ni takde lar luka pun. Tapi ada gak kesan lebam. Rasa tak percaya pulak terhantuk boleh pitam. hehehe, ni pun ada rasa sengal-sengal lagi. Atau mungkin sebab daku penat sangat ker.. tak cukup tido. Ntah lar. Sejak dua menjak ni asyik tido pukul 4 je. 

Kata Jari : Siyes! tak bole bla sakit dia +___+

google

Macam-macam yang dilalui dalam tahun 2011 ni. Suka.. duka.. sedih pulak nak tinggalkan 2011. I'll miss every single days in 2011. Tapi hidup perlu diteruskan! Dan kena terus pandang kehadapan. *jangan pandang belakang* :p

Kata jari : Bye bye 2011! Selamat tahun baru 2012 kawan-kawan! :) Next entry akan menyusul pada 1.1.2012. daaaa~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

14 komen jejari cumil:

Ezad Skytech said...

lain kali hati2 la ye...semoga cepat baik...

#selamat tahun baru 2012...

zareliqa afiqa said...

@ Ezad Skytech : Baik bos.ehehe~ selamat tahun baru jugak^^

Aida Azryn said...

selamat tahun baru! ;D

♥naiemah_ramli♥ said...

ganas sngt ni..hihi..iqa2...ltak mnyak tu..kang tkt makin truk..lps ni tido awl,:P naiemah xpe tido lewat :P

smoga cpt sembuh :) ^__^

EmpayarUtama said...

Cepat-cepat sembuh nanti x dpt nak join GA manyak tau taon 2012 nnt :)

Eera Shera said...

slmt thn baru ;)

emy zulaiha said...

take care dear..jage kesihatan ye :) tido bagi cukop ye :)

slmt thn baru dear! :)

AmirFX said...

Take care.. Nak elakkan lebam tu letak ais batu 5 minit lepastu tuam dengan air suam selang seli dengan ais batu lagi.. Hepi New Year.. Wish u all the best..

Zahirah Dzulkifli said...

eh, memang senang pitam eh? risau pula saya. take care ok? :)

aRa ❤ aFiq™ said...

selamat tahun baru dear :)

NA said...

Bahaya juga sampai pgsan.

FarHANa aZwA said...

alololo~~

MaYa MustWany said...

agak2 ler iqa oiii,jangan la sampai tido lewat sgt.rest n tdo kene cukup.hati2.buh minyak kepala lutut tuh.

Mr. Mystery said...

aku pon kene jgak mse tahun 5 kat kafa...aku tngah main bola mase rehat.main bola kertas jerr.mse tngah main kaki aku tersandung pulak.lutut aku terkena impak yg sngt kuat kerana jatuh kat simen.....meraung aku mse tu.....tapi sakit dy kjp jerr....cuma mse nak straight kaki rse sakit nak mampos.....sekian