Wednesday, 30 November 2011

Segmen : Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa

Entry Melekat Guna Gam Gajah! Sila scroll bawah sikit untuk entry baru.Macehh..
UPDATE : SEGMEN DITUTUP
Selamat pagi readers!^^ hari ni bersemangat nak buat segmen untuk korang. Actually, dalam beberapa hari ni ada terfikir nak buat segmen. And then tengok komen ada suggestion dari Naiemah pun suruh buat segmen terjah bersama Iqa katanya.*macam taw2 je* heee.. :D Aku pun tambah bersemangat lar. Lagipun tengah free sekarang ni.

Tak mau buang masa daku menyeru pada orang ramai rakan-rakan blogger yang lain untuk turut sama memeriahkan segmen ni. Tujuannya untuk berkenal-kenalan pada yang belum kenal, dan merapatkan lagi hubungan sesama blogger. cewahh ayat! Disamping itu korang boleh lar tambah followers, tambah readers kat blog korang.


Drag pada new tab atau klik SINI

Syarat-syarat yang super simple!
---> Mestilah terdiri daripada followers kiut miut daku. Kalau bukan pastikan korang sentiasa update pasal perkembangan segmen ni okeyh. Tiada paksaan 'mengikut' daku.

---> Buat 1 entry bertajuk : " Followers Didahulukan, Readers Diutamakan by Zareliqa "

---> Letakkan header di atas dan 'link'kan ke entry ni. Tulis apa korang nak dalam entry tu dan akhir sekali, nyatakan antara FOLLOWERS dan READERS mana lebih penting pada pandangan korang. Kalau nak bagi sebab pun boleh. Tapi kalau malas cuma tulis "saya suka readers!" @ "saya suka followers!" @ "saya suka kedua-duanya!" sahaja dalam entry tu keyh.

---> Tak payah susah-susah tag orang.*suka tak?*

---> Dah siap tinggalkan link entry tu kat ruangan komen dibawah.


---> Akhir segmen nanti aku akan senaraikan mereka yang join untuk korang terjah dan berkenalan antara satu sama lain.


---> Korang diwajibkan untuk menerjah rakan-rakan yang join yer. Kalau minat boleh follow blog mereka dan jadi readers tegar.
Tarikh tutup 12. 12. 2011
Itu sahaja! harap dapat sambutan.weeee!!
Nak pegi usha Churp Churp kejap :p Belum daftar? boleh tekan SINI
Kata Jari : Pada daku FOLLOWERS dan READERS sama penting untuk sesebuah blog tu. Followers Didahulukan, Readers Diutamakan!!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 29 November 2011

Diserang Virus 'M'............

Sejak dua menjak ni aku telah diserang oleh virus yang tak dapat dikenal pasti nama saintifiknya. Jadi aku bagi nama 'M' for short. Virus ini telah meresap ke jari jemari aku yang kecik kiut ni. tehee :D Menjadikan ia sangat perlahan untuk bergerak. Aduhhh! kenapalah dengan aku. Sape yang menyebarkan virus ni? siap dia kalau aku jumpa.


Virus 'M' ni membuatkan aku tak boleh mengadap lappy lama-lama. Seksanya.. bila aku hadap jugak mula lar dia bagi kesan pada mata dan mulut aku. Mata jadi kecik dan mulut asyik nak menguap. Terpaksa aku kunyah coklat bebanyak. heee Dan akan bertambah teruk lagi kalau aku tertekan 'Adobe Photoshop'.Ngeeee..terus buat aku blur tak terkata.
*Google sahaja*

Kenapalah? kenapa semua ni terjadi pada aku. huh=.= Malas! Malasnya! Aku dilanda keMALASan yang terlampau. Malas nak buat doodle! Buat sikit save, buat sikit save. Bila nak habis camtu. Kalau dulu sanggup bersengkang mata sebab nak buat doodle, tapi sekarang aku lagi senang berguling-guling dengan bantal ashem aku.


Doodle terakhir yang aku buat adalah doodle pergi haji kat SINI dan doodle bola sepak kat SINI. Nak kata busy boleh lar sikit-sikit. *oke tipu!* hihi.. Bila da malam jadi malas nak ngadap lappy. Kemon mood~ kembali pada aku. Senyum-senyum sorang2~ weeee..


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 27 November 2011

Widget Followers Dimansuhkan? Ohh No!


Semalam bukak blog macam biasa kekonon nak baca cerita. Tetiba mata aku memb0olat bila baca tajuk entry blogger2 yang rata-rata buat cite widget followers yang ada skunk akan dimansuhkan! what the hal neh? kalau hilang kejap takpe lagi. Nie nak mansuhkan pulak dan diganti dengan Google+. Lagi aku pening! Google+ tu mende ape pulak??

Ohh no!! Kemon lar pakcik eh eh.. ABANG Google.. tak best lar cmnie. Sedeyy oo.. penat jek kumpul followers tau! Dah kena mula dari awai semula. Ishh, rugi2.. ngape tak tukar masa aku baru buat blog ni dulu? Mogok kang! *konon berani leteww* Takyah ler mansuh.. eh? eh? kita guna dua2 sekali okeyh? heee ^.- *macam si google tu dengar pulak gamaknya*


Ohh, Daku terkeciwa! :(( Sudah!! Google+ Google+.. nak g buat revision ape mende Google+ nie. Camne nak buat.. sok nak pekse.ngeeee.. rasa nak piuh jek telinga depa! Nak cari kayu.. nak cari kayu.. lalalala. OKBAI!

Kata Jari : Penat! Bukan apa.. penat nak mula dari awal balik. Kalau daku yang followers secoit ni pun rasa nak nanes, camne gamaknya orang yang followers beriban tu rasa. Nanes guling2 KAH? Salam Maal Hijrah! =)
Sape belum join segmen Followers & Readers daku boleh klik SINI untuk join.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 26 November 2011

Blog Sampah! & Bcuz i Lurve my heart!


Blog sape yang sampah? blog ko ke aku.. aishh! sabo2.. jangan memarah dulu. Baca biar sampai abis haa. heeee :D Mana ada sampah-sampah pun. Cuma nama blog bertuah yang menjadi followers daku jep.

Bak kata tuan blog tu, "Biarlah entry sampah, asalkan bukan plagiat" Owhh, sebab tu ker bagi nama blog sampah? korang berani?? ngeee, tapi sekali baca dah boleh ingat dengan blog ni. Unik kan? Meh-meh kita skodeng dia. ;)

! Blog Sampah
Klik header untuk sampai ke destinasi! weee~

Nie lagi satu blog yang daku nak promote. Followers dengan nombor fav daku 7! 777... suka tengok nombor tu.weeee^^

Bcuz i Lurve my heart! Yeahh! me too..awww! blog kepunyaan aweks cun. Meh2 kita skodeng dia jugak. heee :D
Bcuz i Lurve my heart
klik header untuk skodeng dia. shhhh..sesenyap taw! ;)

Pesanan penaja : Jangan marah yer ai kidnap header kamu..t ai pulang balik keyh.hee @.@
Kata jari : Terkejut dengar widget followers yang sedia ada ni akan dimansuhkan dan diganti ngan Google+ Menda alah ape tu? +____+


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 24 November 2011

Menang Dipuji Kalah Dikeji


Selamat petang readers! Walaupun lambat sikit, nak jugak buat ulasan pasal bola sepak semalam. Semua dah taw Malaysia tewas kepada Syria kan? So what? Tak perlu lar nak kutuk-kutuk dorang. Kenapa bila menang bagi pujian bagai nak rak, tapi bila kalah nak kondem sana sini?

Bagi aku, aku tetap berbangga dengan semangat yang dorang tunjukkan masa game semalam. Walaupun muka masing-masing nampak letih tapi semangat juang dorang tinggi apa. Kesian aku tengok. Penat lawan Indonesia pun tak hilang lagi dah kena turun padang. Kalau aku pun tak boleh nak fokus! *ecehh..ayat macam penah main bola pulak :p*

sumber : Google

Kalah pun takpe lar. Aku tetap sokong Mesia! weeeee!^^ Lagipun kan dorang dah hadiahkan Malaysia dengan pingat emas masa perlawanan akhir sukan SEA 2011 haritu. Yeahhh! aku tetap bangga dengan Harimau Muda kita neh. CAya lah! heee..

Sapa yang belum join segmen tu boleh KLIK SINI
Kata Jari : Tak baik jadi LALANG. Jadi lar rakyat yang TETAP PENDIRIAN. Go0o MALAYSIA!! :D


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 22 November 2011

Doodle Bola Sepak Malaysia..Tahniah!


SUKAN SEA 2011

Alhamdulillah! Alhamdulillah! akhirnya kemenangan berpihak pada pasukan bola sepak Malaysia a.k.a HARIMAU MUDA ni. Tahniah pada pemain-pemain,jurulatih,penjaga gol *penting tu*,semua lar. Ohhh.. sangat mencemaskan setiap kali tengok bola tu berada pada pemain Indonesia. Nebess ai! sampai sejuk-sejuk tangan. huuuu @.@ Bila mesia jaringkan gol jek, terus daku melompat sakan.heee :D Nasib baik kat umah. Aik? tetiba jek minat tengok bola. Ish, of course lar kalau mesia yang main. ngggeee =) 

Excited sungguh lar! bangga ngan pasukan Malaysia. Sesuai dengan nama HARIMAU MUDA. Walaupun muda tapi bertaring! Kau hado? takde kan. Jadi buleh balik tido hokeyh. Laenkali jangan nak riak-riak sangat. Allah tak suka! *owahh..aku emosi*.


Sambil tengok bola sempat jugak lar buat 1 doodle cincai untuk menyatakan betapa berbangganya daku ngan mereka. heee..tapi doodle gugurl lar. Daku excited sangat tadi sampai terlupa nak buat doodle boy. Tengok mata doodle tu. Bersemangat kan. KE KE KE

Kata Jari : Proud to be Malaysian!

Hoyeahhhhhh!!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 19 November 2011

Kan Dah Kantoi...


Selamat petang readers!^^ entry ni sambungan dari entry Pelamin Anganku Musnah SINI dan SEBAB kenapa aku cakap AKU STALKER YANG HEBAKk kat entry INI. Well..ada orang dah KANTOI dengan aku!

bukan main terkejut lagi kucing pakcik Google nie kena terjah ngan aku

Al-kisah, beberapa arie lepas aku ada buka mukabuku ma ex sebab aku nak tengok betapa 'JUJUR'nya dia dengan aku. Sebelum kasi second chance mesti lar siasat samada dia nie jujur tak ngan kita. Am I right? So, aku pun login lar mukabuku dia. Tu lar kelebihan taw password fb pasangan kita. KE KE KE.. act, aku yang buatkan fb dia, password tu pun aku yang letak, mesti lar taw kan? HEEEE :D

Benda pertama yang aku check INBOX dia. Selama ni yang aku tengok dari wall dia,dia banyak add gugurl! Owhh..sungguh gatal kamu yer. Tapi aku peduli hape kan. Takde kena mengena pun. Berbalik pada inbox tadi. Kan dah betul apa yang aku jangka selama nie. Totally mesej2 dengan gurls. 1 jek ngan lelaki, tu pun kawan dia.

tetibe pulak ada gambar arnab pakcik Google
awww! pink gitu..ehh, nie arnab kan?

Aku tak kisah lar kalau nak kawan ke hape ker. Tapi jangan lar tunjuk yang kamu tu desperate sangat! Setiap sorang gurls tu akan dapat mesej "hai! boleh kenal?" "nak no boleh?" "sayang2" bla bla bla.. apakah? yeahh! aku baca setiap satu sampai habis. So, explain?

"Itu bukan ai.." hemoi3.. jawapan dia. Sangat klise u.. Reason dia : Bukan dia yang anta mesej2 tu. *Tak kan hantu pulak* Kata dia lagi, kawan2 yang guna fb dia sebab dia tak logout bila nak keluar. *Pinjam lappy kawan* hurmmm..tetttt! jawapan tak diterima. Aku kenal ayat dia.. lagipun tak kan lar tiap2 kali on9 tak logout. Pastu boleh pulak kawan-kawan share sesama. Baiknya~ kawan tu takde fb sendiri ker?

Tak taw lar kalau aku yang salah faham kan. Sudah! malas nak amik taw lagik. Tipu lar kalau tak rasa kecewa walaupun sikit mesti ada. *sikit jek pun* Tapi ade haku kesahh? suka atie.. yang penting lebih baik aku taw skunk dari aku taw kemudian. HAHAHA Syokkk jugak sekali sekala jadi detactive conan. Sebab tu ada tajuk pelamin anganku musnah. Hurmmm..takde lar frust menonggeng sangat.weeee!! ;)


Kata Jari : Aku baru bela burung biru...Cuba tengok kat tepi sebelah kanan blog nie.
Rajin-rajin lar tekan yer..weee!^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 17 November 2011

I'm Back!! Cuti-Cuti 1 Malaysia


Ehem ehem.. selamat petang! wahh! dah bape tahun tak hapdet neh. kikiki.. dekat seminggu kot.heee, rasa janggal pun ada. I'm back kengkawan. Suka tak, suka tak? ngggee..perasan! Awwwww!! +_____+

pinjam Google

Dalam 4, 5 arie lepas daku g bercuti. Of course dalam mesia jugak. Ai kan orang mesia.weeee! *orang taw lar* Tu kat Langkawi nuu.. Act, memang seronok giler. Orang-orang kat sana pun totally peramah. Shukeww!^^ Rasa tak mau balik dah. Bila dok sana lupa segala masalah yang melanda.kekeke *aku over lagi* 

Jumaat petang daku bertolak ke KTM Gemas. Naik train dari sana. Ngape tak naik kereta atau flight jek? Act, daku g ngan family dan family makcik-makcik. Bila dah reramai tu semua nak naik train especially bebudak kecik yang tak penah naik train ag. Bila bawak, seronok lar depa.

Pinjam Google lagi :P

Tapi banyak masa dihabiskan dalam train jela. 1 arie suntuk kot. Sampai Kuala Perlis kena naik feri pulak. Daku pun dah pening2 lalat tapi kanak-kanak rebina ni tetap aktif jugak. Perghh! kagum aku tengok. 

Sampai jek kat Langkawi dalam tengahari arie sabtu. Check-in, mandi-mandi, pastu jalan-jalan carik makan. Then tempat pertama yang dituju of course Makam Mahsuri kan. Daku share sekeping dua pic kat cnie yer,

 ngan kanak-kanak rebina a.k.a ma kuzen kat rumah Mahsuri 

Next day kami pergi Underwater World, shopping coklat and others, * awwwww! iloike! * Unfortunately, tak dapat naik cable car.huhu, sedeyy! =.= 

pic pinjam Google lagi dan lagi

Pagi Isnin berangkat balik. Bye-bye Langkawi. sob sob sob.. waaaaa! tak nak balik. Tak habis merayap lagi. Takpe lar, next time ai datang lagik. :p

Kata Jari : Pic yang lain tak dapat share sebab bluetooth lappy nie giler.grrrr


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 11 November 2011

Pelamin Anganku Musnah!


Selamat pagi chenta jumaat! pecut hapdet. 11.11.11 ada yang tunang atau nikah hari nie? wahh! cun meyh tarikh ni. kan3? Tak mau cerita panjang sebab tak cukup masa. Just nak share gambar neh jek.


kawan-kawan..cantik tak cincin daku ni?

Oh yer, ni bukan Wordless Wednesday mahupun Spontaneous Thursday. Cuma baca tajuk dan tengok gambar, pastu korang bagitaw daku apa yang terlintas kat dalam otak geliga korang tu keyh? Next post daku cerita.

Nampaknya apa yang daku angankan kat entry SINI tak kesampaian. +___+ okbai! nak sambung packing baju.weeeeee^^

Kata Jari : Daku tak hapdet dalam 2,3 hari. Balik dari bercuti daku sambung balas komen, blogwalking kat blog korang yer. Tolong tengok-tengokkan blog daku ni boleh? :D


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 9 November 2011

DuitKu DuitMu Jua..Wahh! Wahhh!


Selamat petang readers!^^ sape yang tak suka duit? cuba angkat kening. Nampak bebeno nipunye kalau ada yang tak suka duit. kan2? orang giler pun suka duit meyh. Nak cite pasal duit sikit. Suka pinjam duit orang? atau suka bagi pinjam duit kat orang? rasanya situasi yang meminjam tak lar seteruk yang bagi pinjam. Kenapa daku cakap cmtu?

ehem~ ehem~ pakcik Google ni takmo bagi daku cikit ker? +.+

Yela.. orang yang meminjam senang jek. Pujuk-pujuk, buat muka sadis cikit, pastu dapat lar pinjam. Tapi yang bagi pinjam ni yang sekian KESIAN. Dah baik-baik bagi pinjam sampai masa orang tak mau bayar. Atau lagi best BUAT-BUAT LUPA!

Huarghhh! daku terkena! Tu yang malas nak bagi pinjam kat orang neh. Pinjam RAJIN, bayar MALAS! rasanya dah setahun lebih dia pinjam duit daku. Bila tanya manjang takde duit, duit belum dapat.Tapi beli kete berpuluh-puluh ribu tu boleh pulak. Duit daku yang ratus-ratus ni tak boleh bayar. Pehh, payah. Kalau sehengget dua, 10, 20 hengget boleh lar daku buat-buat lupa.

*Google*

Kena ingat daku neh bukan jutawan meyh yang boleh 'kira halal' jek. Aku pun kadang-kadang sesak daa. Nak jugak guna duit daku tu. Rasanya dah lama daku bagi chance. Bila daku diam dia pun buat macam takde pape. Aku ni jenis TAK SUKA lar mintak-mintak orang pulangkan duit walaupun tu duit aku. Jadi bila dah pinjam tu pepandai ler pulang balik yer. Jangan buat macam duit sendiri. muahaha

Tak taw lar kalau dia tak rasa apa-apa bila berhutang dengan orang. Rasa seronok ke erk tak bayar hutang neh?Takpe2, amik jela duit saya tuh awak. Kesian... +__+

Kata Jari : Kalau korang, nak jadi yang mana? ngehehe^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 7 November 2011

Birthday Gurl Yang Busy!


*Google*

Epy birthday to me..epy birthday to me..epy birthday to diri sendiri....epy birthday to me....weeeee! ^.^ heeee.. ternyanyi tuk diri sendiri. Thanks pada kengkawan n family daku yang wish birthday kat pesbuk, blog mahupun kat daku sendiri. Luv u alls lar! muahhh! I'm speechless bebeh. Terharu! muahaha :))

Nak 21 hadiah boleh? heee..kena lar ikut umur kan. *Wahh! orang da bagi betis nak peha pulak neh.* nggggee~Takde lar.. Orang ingat birthday daku pun da kira bersyukur sangat-sangat. Takde hadiah pun tape..tapi kalau nak bagi sayang lebih lar.hee.. 

Actually dah dapat pun hadiah dari ma mum! mekasih mum! muahh..muahh.. tahun depan boleh bagi lagi yer..wink wink ^.-

ni incik Google bagi

Tadaaaaa!!


Gelang tangan hadiah from my mum.. sebenarnya daku dah lama berkenan dengan gelang ni. Tak sangka pulak ma mum belikan betul-betul sempena harijadi daku rini.yeayy! dapat jugak.hihi, dapat-dapat jek tak tunggu lama, terus pakai kau. :D

Incik Maxis Dan Incik Celcom pun bagi hadiah jugak kat daku. Call n sms FREE! yahoo lagi sekali. Naik kebas telinga daku ni asyik call orang jek dari malam tadi. Bukan senang dapat call free ni kan. Guna lar sehabis baik. wahahaha~ sesape nak daku call cakap. Limit harini. tetttttt~ 

Plus plus daku nak keluar dengan family jap g sementara cuti lagi rini tapi nak jenguk kejap blog kesayangan daku. Adehhh.. sangat-sangat busy rini. Sok daku sambung blogwalking yer sygs. Okeyh2, tak mau buang masa nanti kena tinggal.heee :) Bai.^^

Kata Jari : Mood happy sesangat. Hati kembang setaman. hakhak


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 6 November 2011

Doodle Pergi Haji


Hye2.. Selamat Hari Raya Aidiladha!^^ actually ni *post auto publish* sebab sekarang daku ada dekat kampung. Raya! raya! balik lar kampung kan. Ramai jugak nenek-nenek dan atok-atok kat kampung ni yang pergi haji. Uwahhh! teringin jugak nak jadi tetamu Allah. InsyaAllah satu hari nanti. :) Aminn..aminn.


Nak lar jugak lukis doodle yang pegi haji kan.ngeeee.. Doodle simple sebab tak payah nak buat baju ngan tangan. hehehe,,suka2! tapi tetap amik masa sejam lebih nak melukisnya. :p Okeyh, pada yang pegi menunaikan haji tu moga selamat pergi dan selamat kembali. Okbai. ^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 5 November 2011

Aku cantik&Abg Stalker


Selamat petang! nak join segmen ni sebelum balik kampung.heeee :D


Nak join sila klik header :)

Gambar passport 3 tahun lepas.ahaha~
*muka ngantuk* blurr..

Nama Glemer : zareliqa afiqa
Umur : 1 arie lagi 21 tahun
Status : Single

3 sebab kenapa daku cantik : 
(cantik tak semesti pada rupa)
* sebab kejadian Tuhan kan cantik2 *
* sebab muka saya sweet mcm budak-budak * orang kata..lalalala~
* sebab bulu mata saya panjang dan lebat * tak payah sibuk pakai maskara

UHUUUU~ malu =.= payah jugak nak puji diri sendiri ni yer. Nasib baik suruh bagi 3 jek. Aduhh..rasa serba salah pulak. kehkehkeh, udah ler tuh. Kang ada yang termuntah.ngeeeee

Done! :p


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 4 November 2011

It's Getting Worse :(


Hye selamat petang readers! ^^ Dalam beberapa hari ni rasa malas nak hapdet. Bukan apa, kesihatan tak menentu. Sakit pinggang ni makin menjadi-jadi pulak. Tak taw lar kenapa. Angin tak dak, ribut tak dak, alih-alih boleh sakit pinggang.huuuu :(

Makin lama makin sakit pulak. Dah jenuh ngurut dengan minyak burung unta, tapi masih sakit lagi.ehehe :D *Gelak tahan sakit* Pelik..pelik...kenapa tetiba jek ni. Agaknya sebab aku suka angkat benda berat ker? aku ni bukan peduli benda tu berat ke ringan ke, main angkat je. Bajet kuat! kan da kena. Lagi 1 aku suka meniarap lama-lama sambil hadap lappy atas katil.wuwuwuu :( tobat takmo buat ag.

Atoiyaii...sakit meyh! sekarang jalan pun da tak ley catwalk sangat.har har har..kang tergeliat lagi sape nak menjawab. Bila tengok aku jalan skunk dah macam nenek aku kat kampung tu jek.heee :D

bagi laluan aku nak jalan :p

Adehh~ dugaan..dugaan..doakan jela sakit ni tak serius yer. Cuak nak pegi hospital. ngeeee.. :D
Kata Jari : Weyh, Dah buat kuih raya lum? hehe^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 1 November 2011

Aku Pun Nak Hapdet Jugak!


Hye! Hye! Selamat petang readers..weee! dah petang baru nak hapdet. Hari ni 1.11.11. Cun kan tarikh tu. Tadi nampak beberapa orang yang hapdet pasal tarikh ni. Aku pun nak jugak lar hapdet rini walaupun takde idea.HAR HAR HAR..

Aku memang seorang STALKER yang hebak! ahaha~ apasal tetiba jek puji diri sendiri neh? weeee! aku baru jek lepas stalker seseorang. And then aku jumpa bukti yang kukuh untuk meng'kantoi'kan dia. Siap sedia lar dengan soalan bertubi-tubi dari aku nanti.Hamboi2! 

aku memang suka jadi detective conan :p

Tak paham? takpe. Next entry aku cerita hokeyh. Berbalik pada tarikh cun neh, Daku berangan nak tunang 11.11.11 nanti. Boleh? heee :D Boleh camtu pulak erk..Padahal calon pun ngak ada lagik neh. Ko tengok betapa jauhnya daku berangan. Dah sampai Korea kot. Alar, layan jela kan bosan2 ni. Okbai.

Kata Jari : Sekejap jek dah sampai bulan November..birthday daku jangan lupa. :p
Azam awal tahun korang dah tercapai ke belum?


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ