Wednesday, 12 October 2011

Siapa Kata Perempuan Bawa Kereta Lembab

Selalunya bila nampak kereta yang dipandu perlahan macam siput kat jalan raya,dan pemandunya adalah perempuan,maka dimaafkan.Agak biasa tengok kat mana-mana kan.Ataupun mesti selalu dengar ayat,"owhh..pompuan yang bawak.Memang lambat." Ada tak? ada kan.*bukan aku yang cakap* Tapi betul ke semua perempuan pandu kereta lembab dalam bahasa kasarnya, dan perlahan dalam bahasa halusnya, dan dan berhati-hati dalam bahasa sopannya.heee


Tapi ahad ritu aku tengok keadaan yang berbeza.*dalam hati : Awesome!* hahaaa. Dalam perjalanan nak hantar adik balik Matrik,berhenti kat 1 lampu isyarat depan UiTM dan sebelah kiri kereta aku ada sebuah kereta Saga yang macam tak sabar-sabar lagi nak gerak.*boleh imagine tak keadaan 'tak sabar-sabar tu?* Aku toleh sebelah kejap nak tengok siapa gerangan orang tu.Bila tengok dalam hati kata, "owh,makcik ni mesti nak cepat." Yeahh.Kereta tu dipandu oleh seorang Makcik aku kira.Makcik tu dalam lingkungan 40-an.Sangat manis dan lembut jek muka dia.


Bila lampu hijau,terus dia tekan minyak macam nak pegi berlumba,dan tiba-tiba dia nak masuk lorong aku.Wahh,nak menyelit kat kita pulak.Sebelum apa-apa jadi baik kita mengalah.Takpe2,bagi jela dia duk depan.Punya lar laju dia pandu.Fuyyooo! hebak lar makcik ni.heee
budak Google dah lambat

Aku yang dalam jarak 100 meter dari dia tengokkan jela dia bawak kereta.Tiba-tiba dia brek.haha..kat depan ada 5 buah kereta lagi berderet-deret.Aku tengok makcik tu tak sabar nak memotong kereta depan dia.Dalam hati,"macam mana lar nak potong, kete tu kan rapat-rapat.Tak kan nak potong lima-lima skali.Da lar kat lorong sebelah banyak kete gak." Aku membebel dalam hati.ngeeee


Dah puas dia ketengah ketepi tapi tak lepas-lepas jugak hajat dia nak memotong kereta depan tu,dia ikut jela kat belakang kereta orang depan.hihi,makcik ni comel lar.Ke mana lar dia nak pegi agak-agaknya kan.Iye-iye sangat lajunya.Kalau aku,aku masuk kategori berhati-hati.Tak slow macam siput dan tak laju macam kena kejar hantu.eheeee..belum kawin lagi meyhhh! :p


Kali pertama aku tengok.hahaha..selalu tengok yang comel-comel jek bawa.Penuh berhemah.So,sape kata pompuan bawak kete lembab?? mana ada.Okbai.^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

18 komen jejari cumil:

Cahaya Mata @ Nurul Are Inn said...

Hahahaha..btol 2..tpi laju2 pn nk p mna kn..hehehe

Haw said...

siapa laa yg mengata tu ek?.. hehe.. mungkin pompuan ada sifat 'ter' kot!.. klu laju, terlalu laju.. klu pelan, terlalu perlahan

miss atie said...

hebat r mak cik tu... heee... biar lmbt asl slmt, kalo laju tp slmt xpe gak... heee... yg pntg, ingt org tersayang... :)

zareliqa afiqa said...

@ Nurul Are Inn : Betul2.hehe~

@ Haw : Ntah lar.Sape lar tu.hihi^^ ade ke sifat 'ter'?hehe

@ miss atie : tu lar pasal.kita yg tgk pun ternganga.ahaha~ jadilah pemandu berhemah.heee :)

NA said...

Haah bukan semua perempuan bawak macam siput.

Apapun penting kena berhemat di jalan raya. Bawa biar laju yang sederhana.

-wina1979-

MissCt a.k.a MuqDeq said...

Makcik tu pastinye comel kannn.. Haha...

Qyla said...

betol3 . sape ckp pompuan bwk slow . HEHE

crite awk ni mcm sy lah . sy pon bwk kete saga gak . ! opsss . tapi sy bukan golongan 40-an . hehe :P

NasZ said...

ganas makcik. bekas pelumba drift kot? tak pun kelam kabut nak balik sebab sakit perut? hehehe.

MOHD NASER.com

eyryn said...

haha.. tue perempuan dulu2..
skarang, kalah lelaki bile perempuan bawak kereta.. haha

shida'R said...

bukan lembab tp berhati2 dan berhemah ok ^_^

sis92 said...

pandu cermat
nyawa selamat :)

afzalsukasuki said...

klu cenggitu..pompuan bwk kete merbahaya la..:P

|| a - j . E . E || said...

makcik tuh nak ber*k kot.. hihi

.: pn yazlynn :. said...

akak bawak kete da 8 - 9 thn.. kira ok la.. cuma kadang2 still nebes gak. maklum la takut tgk kete laju2 ni. yg pntng kt yg drive tu kena la hati2 kan

zareliqa afiqa said...

@ Kak wina : hehe~ betul tu kak^^

@ MissCt : yup.sangat comel.Memang tak padan dengan rupa.hihi

@ Qyla : yeke? golongan muda mudi lar ni yer.hehe

@ Nasz : ahaha..tp tgk muka mcm tak sakit perut pun.hakhak :))

@ eyryn : ye betul tuh. :)

@ shida'R : Setuju! hehe

@ sis92 : Betul sangat tu.

@ afzalsukasuki : Makcik tu jek kot.ahaha~

@ ajEE : haha~ tak taw lar. :p

@ pn yazlynn : Betul.Tengok orang bawak kete laju2 ni kita pulak yg jadi takut.huhu

[sutera kasih] said...

sy bwk kereta slow..sy mengaku hehe sbb sy syg nyawa sy & org tersyg heeee

Ezad Skytech said...

kalau nak bawa kereta tu biar la jangan laju sangat dan jangan lambat sangat...heee~

aizamia3 said...

itu tak sabar + gelojoh namanya.. ;)

nak pandu slow boleh tapi tengok tempatler.. takkan kat tetengah highway pastu lane laju bawak 60km.. tu bukan setakat kena hon + bagi lampu tinggi, kena maki lagi ye ada..