Friday, 21 October 2011

Sebiji Epal



Selamat hari Jumaat uolls! hari ni daku nak kongsikan 1 artikel yang daku terjumpa bawah katil.heee,walaupun mula-mula daku agak blur tapi bila dihayati maksud tersiratnya baru daku paham.So,sama-sama lar kita hayati dan renung-renungkannya hokeyhh darling ^.-

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakanku yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurang dirinya ini?

Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu,pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan...akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak...

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat MALU. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakanya yang lain.

Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegang dengan sang kekasih bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini.

Daku sekadar ingin berkongsi.Sebarang kesilapan harap dimaafkan.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

17 komen jejari cumil:

Eera Shera said...

org yg suka pegang2 ngan pkwe makwe die tu adlh 2 bijik epal yg tak berkualiti..hehe

zareliqa afiqa said...

@ Eera Shera : ahaha~ 2 bijik epal yer.Setuju2 ^^

'Aisya Salim said...

Jadi, kita jadilah epal yg nun di atas tuu yer :D

zareliqa afiqa said...

@ 'Aisya Salim : Yup.Takmo turun2.hee :D

fieda said...

wow..dalam btul mkna cite epal ni...jadilah kita epal yg berada di puncak selama lamanya..

Ini Kisah Tia said...

tergugat epal yang nun jauh kat atas tu . dia takut tak laku ..

aimie amalina said...

wanita ibarat epal!
emmm
besssss!!!! =]

zareliqa afiqa said...

@ fieda : Yeah! betul.. :)

@ Ini Kisah Tia : Tu lar.huhu~ epal2..

@ Aimie Amalina : hehe best yer.^^

Ezad Skytech said...

jangan la jadi macam epal yang jatuh ke tanah tu ye...nanti busuk..sape pun tak nak..hee~

zareliqa afiqa said...

@ Ezad Skytech : Betul.Nak duk atas jek berwangi-wangian.haha :)

Noramira Kassim said...

epal???wanita??boleh dijadi iktibar dan pengajaran

zareliqa afiqa said...

@ Noramira Kassim : Yer awk. :)

NasZ said...

bagus perkongsian ni. suka entry ni.

CikHoneyBee said...

nice entry! betul tu..cikhoneybee sokong. :)cikhoneybee akan jdkan sbagai peringatan kpd dri sndiri dan akan igtkan kpd owg lain

zareliqa afiqa said...

@ Nasz : Thanks Abg Nasz. :)

@ CikHoneyBee : Yer.Sama2 kita jadikan sebagai peringatan. :)

Cik Ice said...

Saya LIKE LIKE LIKE!!! :)

zareliqa afiqa said...

uwahh~ thanks :D