Monday, 31 October 2011

Tagged! Tagged!


Tagged! game ape pulak neh. Bila daku blogwalking tadi rata-rata semua tengah menjawab soalan cepuperak dari blogger-blogger lain. Wahh~ tengok macam best jek menda alah ni. Sape yang buat? Then tengok shoutbox ada pesanan dari kupukupugemuk mengatakan bahawa aku telah di'tag'.ngeee~ kena jawab lar ni yer? heee :D okeyh2 daku jawab,sowi yer terlambat.

BACA RULES DULU SEBELUM MULA.^^
1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.

3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create eleven new questions for the people you tagged to answer.

4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.

5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER

6.No tag back!

7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS" YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.
Dah paham rules jom mula.

11 perkara tentang Iqa! (aku leteww! :P)

*Orang Melaka*
*Mula tengok dunia 7 November 1990*
*Belum berpunya and of course available*
*Suka pink dan hijau.Yang lain tengok mood..*
*Obses dengan coklat*
*Sikap unpredictable*
*Suka gelak*
*Takut tengok cite hantu tapi suka tengok.ngeee*
*Gila novel*
*Benci penipu dan tak suka ditipu*
*Kuat tacing :P*

Soalan yang daku kena jawab :

1. What was the happiest moment of your life? the saddest?
Bila dah graduate! yeay! tamat azab..ngeee~ yang sedih guling-guling takde lagi.

2. Are you proud of me? :p
Yes i am..heee :D

3. Do you have any regret?
ermm..ada rasanya.wuwuuu~

4. do you believe in love at first sight?
Kadang-kadang percaya. Kadang tak. Depends on situation. Sebab tak pernah rasa lagi. Yang pernah semua dah dua kali pandang.ahaha :))

5. do you love yourself?
Of course lar..

6. if you have one minute left to live, what would you do?
Mengucap dua kalimah syahadah.

7. if you have one million, what would you do with it?
haha..soalan best!^^ kita enjoy! ehehe..takde lar.Buat perkara penting.Macam beli umah,beli kete,bawak family g haji ke. Simpan.

8. Who are the most important people in the world to you?
My Mum and my Dad! lebiuu~ :)

9. what your favourite breakfast?
Semua ai sebat. harhar~ (kata nak gemuk)

10. how many teeth you have?
ngeee~ alar, malas nak kira.hikhik. yang pasti bilangan gigi manusia eh.

11. do i look old? or maybe mature?
matured kot deq. Ape pon adeq muda dan ayu lagi.weee!^.^

Amekaw! hadoii. Penat jugak menjawab soalan ni erk. Kalah retis u~ awwww!

Nie pulak soalan untuk blogger yang daku tag :D

1. Berapa lama jadi blogger?
2. Umur?
3. Dah ada boifren/girlfren?
4. Apa yang menarik kat pasangan yang buat korang tak tido malam?
5. Guna perfume? perfume apa?
6. Suka makan coklat?
7. Jika korang kartun, kartun apa yang korang nak jadi?
8. Korang rasa daku seorang..?
9. Suka blog daku?
10. Pakai handphone apa?
11. 10 tahun akan datang..anda seorang?

Nahh~ jawab2! nak tag : 

Penat jugak neh.huhu=.= Kalau ada masa boleh lar jawab yer^^ Thank u.weeee!!

Kata Jari : Punya lar panjang entry ni..heee


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 28 October 2011

Tutorial 2 : Cara Sengetkan Header


Selamat petang readers! i'm back! weeee~ datang-datang jek nak buat tuto.hehe..almaklum lar pegi bertapa tambah ilmu.ececehh.. sebelum tu, time kasih kat korang yang bagi semangat kat daku.huhu~ terharu~ Sudah2, tutorial ni direquest oleh Mimi dan Rose Pink kat shoutbox daku.


Yang mana? cuba letak cursor kat header daku tu. Dia senget kan. Haa..yang tu lar.hee, meh2 Iqa ajarkan. Yang lain nak jugak boleh ikut yer. :D

Mula-mula, pegi kat dashboard - Design - Edit HTML
1. Opss! untuk keselamatan, Download Full Template yang ada kat atas tu.
2. Tick Expend Widget - Cari kod kat bawah ni. (copy --> Ctrl+C) dan (cari - Ctrl+F untuk elakkan mata juling)

/* Content

----------------------------------------------- */

3. Dah jumpa kan? lepas tu copy kod bawah ni pulak yer anak-anak..

#header:hover{-webkit-transition-duration: 2s;-moz-transform: rotate(7deg);-webkit-transform: rotate(7deg);}

4. 'Paste'kan dekat ATAS kod yang korang dah carik tadi. Step 2. Diulangi, ATAS yer.hehe, macam ni.


Preview dulu, kalau ok baru save.
Siap! weeeee~ Jadi tak? Kalau jadi bagitaw k.Kalau tak pun bagitaw gak yer. ;)
Kata Jari : Untuk Picture Window sahaja sebab daku guna tu.Yang lain nak try boleh jugak,tengok jadi ke tidak.Apa-apa boleh tanya kat bawah.
p/s : Nak guna tuto sila kredit kat saya yer!^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 27 October 2011

Nuffnang Ajak Minum 'Tea'?


Hye! hye! lagi.wehuuuu..tengok-tengok apa Incik Nuffnang bagi daku. Voucher Free! ahaha~ ko tengok, act macam dapat BE pulok daku neh. Excited semacam!^^ Nie belum Nuffnang kasi BE lagi. Mau aku guling-guling gamaknya.heee..saje buat ayat over.


Mula-mula aku ingatkan ape kebendanya ni. Tengok-tengok voucher Chatime rupanya. Semua ahli Nuffnang dapat kot voucher ni. BUY 2 FREE 1. Cuba g tengok kat dashboard akaun Nuffnang korang. heee :D suka letewww kan.

Outlet Chatime ni dekat Publika Mall,Mont Kiara Solaris Dutamas. Okeyh, kalau agak-agak nak minum tea tu boleh pegi sana. Macam-macam ada. Contoh ma fav, Caramel Milk Tea! yummy! Jangan pegi outlet lain pulak yer.heee ;)

Nak amik voucher ni senang jek. Mula-mula login akaun Nuffnang, dekat dashboard nanti korang nampak ikon 'Chatime Publika', tekan situ, nanti nampak voucher yang ada nama korang. Dah tu print jek. Bawak g sana tujuk dekat waiters. Sudah. Senang kan? Maklumat lanjut boleh pegi blog Nuffnang.weeee :D

Selamat Ber'Teatime dengan Chatime!'
Thanks Nuffnang!^^
Kata Jari : Bila lar Nuffnang ni nak kasi BE pulak.wuwuwuu~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Jom Gegar Dunia Blogger


Selamat Petang readers! huhu...cepat2~ join segmen neh. Ahaha~ asal kelam kabut jek? huuu~ daku sebenarnya nak keluar sat g. Tapi mengada nak jugak join segmen ni.hehehe :D


Tengok2, nama pun 'RILEX'S SEBENTAR' kan. Sebentar jela daku rilex.weeeee~ jom2..sape nak join klik header atau SINI yer.
Tarikh Tutup : 28.10.2011 pukul 11 malam.
Done! ^^

Kata Jari : Sebab apa blog saya boleh gegarkan dunia blogger? sebab...sebab...sy pasang bom kot.huarghhh! takot!! hihi,lawak jah. Apa-apa pun jangan mudah patah semangat dalam berblog ni walaupun macam-macam dugaan yang datang menguji kesabaran.weeeee!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 24 October 2011

Hilang Mood Berblog...


Agak tacing bila apa yang kita usahakan sendiri disamakan dengan orang lain. Tak taw lar kenapa tacing sangat malam ni. Sapa yang ada baca entry INI taw lar kenapa daku tiba2 hilang mood. Act, semua yang ada dalam blog ni daku design sendiri sebab tak nak disamakan dengan orang lain. Tapi... :( tang mana yang sama tu? pelik lar.

Yeahh! daku taw benda ni kecik jek. Tapi sikit sebanyak mengganggu emosi daku. ermm..penat. Kalau korang, rasa frust tak bila korang wat something, bersungguh-sungguh, tiba2 orang cakap.."eh2,sama macam dia ni lar" padahal cikit pun kita tak tiru sesapa.

Takpe lar. Daku memang newbie. Tapi daku tak penah dan tak suka nak tiru sesape. Kalau ada sikit persamaan pun secara KEBETULAN! Mana ada orang suka disamakan dengan orang lain. Highlight kat cnie,

SEMUA SAYA BUAT SENDIRI, DESIGN SENDIRI YER.
Boleh tengok entry untuk rujukan : KLIK SINI 

Maaf, Daku bukan marah sesapa. Rasa kecewa jek. Daku tinggalkan blog ni untuk sementara. Jumpa lagi. :(

*Google*
Kata Jari : Rupanya dunia blog ni tak seaman yang disangka. T.T


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 23 October 2011

Ahad Yang Membosankan


Selamat petang readers! weeee.. Ahad datang lagi.Seronok leteww dapat bermalas-malasan lama sikit kat atas katil kan. Ke ada yang belum bangun lagi ni? aishh, masalah tu. Kalau ada kawan-kawan serumah yang belum bangun baik pegi tengok cepat. Mana taw pengsan ker..hihi

Daku bosan sebenarnya ni. Nak keluar jalan-jalan pun tenggiling a.k.a kereta kat luar asyik nak tido jek. Grrr..lagipun takde geng nak berjimba-jimba kat luar. Semua ada aktiviti sendiri. Nak tido lar, tengok tv lar, dating lar. Ciss, tinggal daku dengan lappy daku ni jek.

Bukak blog lar, apa lagi. Blog pun sunyi je rini. Tak ramai yang hapdet. Maybe korang semua g bercuti kat luar kan. huhu~ ngape tak ajak daku.heeee :D Kena lar daku merayap sorang-sorang ke blog yang takde penghuni. Tak meriah sungguh. Ermm...




Eh, yeke? tentu tidak dear..pinky jek yang sama kot. Blog Lyssa lagi super cun plus plus awesome. Blog daku ni blog cikai yang comey comot jek. Sedia maklum.heeee :D Dah2, sambung blogwalking.weeeee~ ^.^

kecik-kecik suka tengok cite lipas neh


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 22 October 2011

Segmen Afzalsukasuki : Bloglist Supersengal

Daku nak join segmen Afzal ni haa.hihihi *gelak malu2* Walaupun daku ni pemalu plus plus,eheee :D tapi nak jugak menjoinkan diri.uhuuu~ malu~ rasa-rasanya daku cukup syarat tak?

Walaupun tuan segmen kata tak payah isi dalam bubble tu,den nak jugak tunjukkan kehandalan eden nie aaa.kahkahkah *gelak tak sopan*.ermm..cukup sengal ke tidak neh.ahaha! ^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Review | SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?

Selamat petang readers! Semalam kan daku join segmen review Abang Nasz.So,hari ni nak review blog yang sama kumpulan ngan daku iaitu KUMPULAN 9.Yeahh! Mereka adalah Natasha Borhan dan Ummiabi.

Ini header blog milik Natasha Borhan.Blog ni sangat comel secomel tuannya.Suka tengok background beliau sebab simple dan tak sakit mata.hehe,isi kandungan entry Tasha ni lebih bersifat peribadi.Ala-ala diari gitu.Berumur 20 tahun (ai pun masih 20 lagi.tehee) dan masih study.Tapi sayang sudah berpunya yer kawan2.heeee :D Boleh g blog beliau kalau nak kenal-kenal. :)

Beralih pada blog NukilanUmmiabi, Blog ni dimiliki oleh sepasang suami isteri iaitu Ezreen Fara dan Muhd Salim.Blog ni didedikasikan khas untuk anak mereka yang sangat-sangat comel, Wafa Sofea.See,nama pun da sweet kan.Boleh g blog ni kalau nak tengok anak mereka yang comel tu.Blog ni jugak bersifat peribadi dan ke arah kekeluargaan.Background cantik dan yang penting hijau hokeyh! iloike.hehe :D

Done review ahli kumpulan 9! weeee^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 21 October 2011

SEGMEN NASZ : LU REVIEW GUA, GUA REVIEW LU. OK?


Jom review meng'review' nak? teheee..mane dapat perkataan neh? Daku tengok macam menarik jek. Last nanti kita kena review blogger yang telah beliau pasang-pasangkan ngan kita. Jadinya sorang jela yang kita kena review kan? ke ramai2. Adehh..lagi mau tanya.Dah nama pun pasang2.Tapi kalau semua, mau juling bijik mata.ahahaa~

Nak join klik header atau SINI.Segmen tutup pukul 11 malam neh.So,cepatttt! weee^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sebiji Epal



Selamat hari Jumaat uolls! hari ni daku nak kongsikan 1 artikel yang daku terjumpa bawah katil.heee,walaupun mula-mula daku agak blur tapi bila dihayati maksud tersiratnya baru daku paham.So,sama-sama lar kita hayati dan renung-renungkannya hokeyhh darling ^.-

Indah sungguh cuaca pagi itu. Angin bertiup tenang. Sinaran mentari lembut menerangi alam. Tapi sayang, itu semua tak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.

Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku. Tapi kenapa aku masih tak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia memilih rakan-rakanku yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah rakan-rakanku ada yang sudah buruk dirosakkan serangga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang. Apa kurang dirinya ini?

Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak tertanggung lagi. Lalu,pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah. Apabila sudah berada di bawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya. Buah-buah yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan. Rasa gembira bertukar menjadi risau. Daripada risau menjadi sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan...akhirnya epal tersebut busuk di tanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak...

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik. Ia berguguran di tanah. Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada di puncak. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah sifat MALU. Apabila hilang sifat malu, hancurlah maruahnya. Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang seperti rakan-rakanya yang lain.

Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegang dengan sang kekasih bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini.

Daku sekadar ingin berkongsi.Sebarang kesilapan harap dimaafkan.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 20 October 2011

Trafik Ke Laut


Siapa nak ikut daku ke laut? sila kerutkan kening anda.tehee^^ Meh ler join sekali..kita g tangkap ikan,sotong,kuda laut,penyu,duyung,dugong,dan nemo.kahkahkah..*gelak tak sopan* Arghh! apa yang aku merepek neh.Abaikan2.Minggu ni trafik blog BJB menurun dan terus ke laut! what the?? tapi rasa macam cun pulak daku tengok nyer.ekeke






Amacam? cun tak? cun tak? elok jek dia tersusun kan? ahaha~ buat ler selalu2 Iqa.Semua gara-gara aku mogok hapdet dan kurang merayap.Aku cuma ada beberapa jam jek sehari nak hadap blog.Semua aku kena buat dalam beberapa jam tu.wuwuwuu~


Nak 'maintain'kan 100uv sehari pun susah ker?ermm..susah kot bagi newbie macam daku nie.Aku bukan Fatin Liyana,Cik Epal,mahupun Abg Ben yang tak hapdet seminggu dan tak blogwalking pun orang still berlumba-lumba datang blog depa.yer dak?


Kata Jari : I'm 'nobody'! but i'll make sure that i can be 'somebody' in future! InsyaAllah.Plus plus daku berblog bukan nak kejar trafik.Saje suka suki nak bercerita.Weee..^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 19 October 2011

Alar..Dah Mati Ke?


Selamat petang semua! ehee..dah lama rasanya aku tak bukak mukabuku.Bosan! tapi hari ni aku terbukak pulak.Sume salah jari ni lar.ekeke..Saje nak tengok perkembangan terbaru mereka-mereka kat sana.


Masa yang orang dok sibuk-sibuk cerita mukabuku berwajah baru tu pun aku tak amik taw.Tak kisah dia nak berwajah apa sekalipun.Tapi kalau mukabuku tu berwajah Nazim Othman,ahaha!! Tiap-tiap hari aku boleh duk hadap mukabuku jek.heeee :D


tgk betapa hensemnya bila dia senyum gitu :P

Sudah2! Bila dah lama tinggalkan rupa-rupanya ada yang mati time aku takde! uhuhuhu~ sedey..Baru perasan yang ikan-ikanku dah mati sebab aku tak bagi makan.Tapi dia tak reti ke cari makan sendiri.huh! pemalas punya ikan.Tengok neh.


Anonono..mucuk-mucuk ni dah mati.Ada jugak yang hidup lagi tapi sakit.eheehe,sori lar incik2 ikan sekelian.Daku malas nak bagi kau makan..sila cari sendiri eh.*mood : muka tak salah* har har har.. :))

Ini game FishVille yang aku main kat fb.Dulu syok sampai tak hengat nak makan.Sekarang bosan lar asyik buat benda yang sama jek.Bagi makan,tunggu besar,jual.Beli pulak ikan baru.Ulang-ulang sampai bila nak habeh aku pun tak taw.

Kata Jari : Jangan daku bosan berblog sudehh!weee^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 18 October 2011

Shiema Sufian ajak menjelajah




Selamat petang! arie nie tak taw nak buat entry ape.Blogwalking jela balas jejak korang-korang yang aku tinggalkan semalam.Lepas tu terjumpa segmen ni pulak.Terus terasa nak join.Lagipun kan background blog adeq ni pink hijau.huhu,suka sangat! Sape yang terasa bosan tak taw nak buat apa,meh lar join sekali eh.Nanti tuan blog tu bawak kita menjelajah ke angkasa lepas taw.weee~ suka! *mood:berangan tak sudah*
Klik header tu atau SINI.
Done!^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 17 October 2011

Nama Betul Ke Nie?

Bila berada di alam alam maya semua orang ada nama pena or nama glamour masing-masing right?Jarang orang letak nama dalam IC.Tipah da boom,Meah da hot.Pepandai aku je.heee..Dan aku rasa memang tak penting pun letak nama penuh macam dalam IC ni.Jadi dalam belog aku guna,ZARELIQA AFIQA.Tentunya bukan nama dalam IC aku.hihi,tapi tetap diambil daripada nama penuh yer.


Mana aku dapat? aku amik secoit sana,secoit sini,jadi lar ZALIQA AFIQA.Nak menambah perisa aku tukar ejaan je.Tambah 'are'.Kretip tak daku? jangan curik taw! muahaaha..tapi jangan risau,IQA tu nama betul aku.Tak tipu pun.Korang boleh panggil ZA,IQA,NANA, pape jela.Jangan panggil ZALI or AFIQ sudehh.Aku pun kompius dengan jantina aku nanti.ekeke


Kalau orang yang baru-baru kenal aku memang ingat tu nama betul.ZARELIQA..ZARELIQA..kat mukabuku pun aku letak ZARELIQA.Hentam lar korang.hihi..Bukan tak nak letak nama betul tapi ntah lar.Takut~ macam-macam cerita aku dengar.Lagipun tak suspen lar nanti.kahkahkah.(gelak jahat) Yang betul2 rapat dan betul2 kenal jek aku bagitaw.heee.. :D
Jadi nama penuh saya .........................  ......................... (isikan tempat kosong).Sape boleh teka aku bagi kete sebijik.muahahahaa~ gurau-gurau manja jek. :p Nama di'CAPS LOCK'kan untuk mengelak terjadinya sebarang kekeliruan yang maha dasyat antara 'Q' dan 'G'.Sebab ada yang kompius 'q' dan 'g' kecik neh.Sekian.


Mekasih lar sanggup membaca 'sesuatu' tentang diriku yang kenit ini.hehe~ ayat macam nak bersyair. :p Dan melayan aku yang membebel macam orang nyanyuk tengah-tengah malam buta sebab tak boleh tido.Kerjasama anda amat saya hargai.Muahx! Selamat Malam!^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 15 October 2011

SEGMEN NASZ : KUMPUL DAN SERANG...

ASSALAMUALAIKUM.

Sekarang ni dah jarang join menjoin segmen atau GA.Kurang rajin kot.hehe..yang selebihnya busy memanjang.Tapi tetap meluangkan masa beberapa jam untuk blog kesayangan ni.Rasa semacam pulak kalau tak jenguk sehari.Mana nak blogwalking,balas komen,g baca entry best korang.Semua dalam masa beberapa jam sehari.Tapi tetap bersemangat lagi ni! hoyeahh!^^




So,hari ni ada banyak masa..bukak blog pulak nampak ramai yang join segmen Nasz.Tengok macam menarik ni.Apa lagi.Join sekaki ler.hehe..jom ramai-ramai memeriahkan segmen beliau.Klik header atau SINI.
Done! nak g blogpecut.weeee ^.^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Memperkenalkan Jiran Baru BJB

Setelah beberapa bulan berjiran dengan EYRYN BERCERITA ! hari ni saya, Iqa (bajet orang tak taw nama) dapat sorang lagi jiran baru.Yeayy! Baru jek pindah sini taw.ehehe..takde lar.Bukan jiran sebelah rumah mahupun sebelah bilik tapi jiran di alam maya.Lebih dekat lagi jiran blog.Kalau dulu aku dapat jiran iaitu Eyryn dari segmen Sergeant Keroro,kali ni aku berjiran suka sama suka yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.Tiada paksaan.heeee

Dah2,tak nak buang masa membebel aku memperkenalkan...jiran baru BJB...jeng jeng jeng...


<b>Pencarian Jiwa Diri Saya</b>

Lebih mesra dipanggil Kak Wina.Nie nak habaq mai,Kak Wina ni baik orangnya.Selalu datang jenguk blog aku.Boleh kata tiap-tiap hari kot.See,aku perasan taw sapa yg selalu datang.Setiap post Kak Wina datang komen.Tak kira lar masa tu aku tulis hape pun,dia tetap bagi komen.Sweet kan?Aku pun selalu g merayap kat umah a.k.a blog dia.Saling kunjung mengunjung.Tak kan nak tunggu raya jek.hee hee


Kalau aku tak hapdet pun Kak Wina datang baca entry lama, kata Kak Wina.kan kan? ehehe..Aku memang suka ada jiran-jiran yang baik ni.Puji-puji ni ada makna taw."Kak Wina, coklat Cadbury 'besau' 1." haha~ Gurau saje.Tunggu apa.Moh ler terjah blog Kak Wina.Jom..jom aku bawak naik beskal.
Okeii.Selamat berjiran dan menjadi jiran yang baik!! yeahh!^^ Okbai.
Kata Jari : Salah 1 faedah berjiran kita dapat mempromosikan blog jiran masing-masing.Oleh itu aku letak blog jiran-jiran aku dekat sidebar atau tempat yang senang dilihat oleh orang yang datang kat cnie.Trafik~ trafik~
JADI JIRAN YANG BAIK! weee~^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 14 October 2011

Teringin Update Guna Handphone

Assalammualaikum dan selamat pagi dunia! selamat hari jumaat. :D

Eceh bukan main lagi pepagi ni.Rasa bersemangat sangat pulak sampai nak g kejut semua orang supaya tengok sengihan aku neh.heeee..Nasi lemak sampai 2 pinggan aku bedal.hikhik~ tak senonoh.Camne nak gemuk ni? ishh~ musykil betul lar.Jadi 1 keje lak aku nak memikirkan dikala otak nih belum dipanaskan enjinnya lagi.


Bila dah busy kalah PM (pembantu manager :p) neh rasa geram sangat pulak kalau tak dapat dating lama-lama dengan Cik Belog.Ishh! ada jek yang datang kacau.Ai tak shukew taw!*ayat gedik*muahahaa..Kalau kena berjauhan dengan lappy ni lagi tak shukew! langsung tak boleh hapdet.-.-


Teringin jugak nak hapdet guna henpon tapi tak reti.Susah lar..Hari tu aku godek-godek henpon ni jumpa lak menda alah tu.(suka atie jek panggil menda alah).Dengan riaknya aku berkata dalam hati,"wahh! henpon aku ni boleh bukak belog lar.Pasni boleh lar hapdet guna henpon". Kau tengok betapa jakunnya.hahaha~ orang lain da lama taw.


Haku rembat henpon Incik Google.har har har

Esoknya dengan kembang hidung aku nak menghapdet buat kali pertama guna henpon tetiba tak jumpa kat mana tempatnya.Aduhh! aku tekan tang mana semalam.Apasal tak jumpa pulak neh.Eeee..mana aku pegi semalam.Dan sampai sekarang aku masih tak jumpa.huahahaha.Baru nak cuba tapi hampa.wuwuwuuu


Ada yang kata hapdet guna henpon neh susah.Betul ker? ada yang tak jumpa,lambat lar,ada yang tulis entry tapi bila tengok balik kosong.Takde pun entry tu.Ada jugak yang tak suka sebab penat-penat menekan bajet dah panjang ler entry dia.Bila tengok rupanya pendek je pun.hihi..macam-macam.Finally jadi macam aku ni.Hapdet jela guna lappy.Habis cerita.


Tapi kan..aku nak jugak! nak jugak! grrrrr


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 13 October 2011

Sesuatu Di Traffic Light

Bila dekat jalan raya kita boleh tengok macam-macam perangai manusia ni.Tak kira lar pemandu atau penunggang.Ada yang buat kita nak gelak,ada jugak yang annoying.Tapi apa yang orang selalu buat bila berhenti kat lampu isyarat atau omputehnya traffic light.Meh aku kongsi apa yang aku pernah nampak.



  • Lampu Merah

Lampu merah tapi orang buat-buat tak nampak lampu tu color apa.Main jalan jek asalkan takde kereta dan takde polis disitu.Kalau ada polis memang carik pasal lar kan.



  • Berangan

Mentang-mentang lampu merah,dia boleh pakat berangan pulak kat dalam kereta atau atas moto tu.Dan bila lampu hijau pun dia masih diawang-awangan.Syok sangat nampak.Sampai kenderaan belakang hon baru terkial-kial nak jalan.ishhh..da lar hijaunya sekejap je.=.=



  • Bergurau Senda

Hamboi-hamboi..sempat lagi nak bergurau senda yer dalam kereta tu.Kalau iye pun pegi lar cari tempat yang selamat sikit nak bertepuk-tampar dan cuit-mencuit.Bajet orang sebelah tak nampak ke.heheee..aku nampak.*buat muka keji*



  • Ber'sms'

Ada jugak yang amik peluang ber'sms'.Pastu gelak sorang-sorang dalam kereta tu.Hmmm..suka atie lar nak.hihii



  • Korek Hidung

Adoiii..banyak sangat ke 'hasil' tu.Kat rumah tak sempat ke nak pungut hasil.Siap buat muka syokk lagi.Aduhhh~ gelinya aku tengok.Bila dia nampak kita tengok,terus buat muka tak salah.heeeee..gelak guling-guling. :))



  • Mengurat

Wahh..mentang-mentang sebelah aweks yang berhenti.Sempat lagi meng'usha' yer.Kenapa ko tak tulis terus nombor tipon kat cermin tingkap tu.hahaaaha^^


Ni antara perkara-perkara yang aku pernah tengok bila berhenti kat traffic light.Yang penting aku tak buat sume tu.Saya budak baik! ahaahaa statement.*dush* Korang ada nak tambah ape-ape yang aku tak senaraikan kat cnie? ke korang ada buat benda ni?hehee.Okbai.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 12 October 2011

Siapa Kata Perempuan Bawa Kereta Lembab

Selalunya bila nampak kereta yang dipandu perlahan macam siput kat jalan raya,dan pemandunya adalah perempuan,maka dimaafkan.Agak biasa tengok kat mana-mana kan.Ataupun mesti selalu dengar ayat,"owhh..pompuan yang bawak.Memang lambat." Ada tak? ada kan.*bukan aku yang cakap* Tapi betul ke semua perempuan pandu kereta lembab dalam bahasa kasarnya, dan perlahan dalam bahasa halusnya, dan dan berhati-hati dalam bahasa sopannya.heee


Tapi ahad ritu aku tengok keadaan yang berbeza.*dalam hati : Awesome!* hahaaa. Dalam perjalanan nak hantar adik balik Matrik,berhenti kat 1 lampu isyarat depan UiTM dan sebelah kiri kereta aku ada sebuah kereta Saga yang macam tak sabar-sabar lagi nak gerak.*boleh imagine tak keadaan 'tak sabar-sabar tu?* Aku toleh sebelah kejap nak tengok siapa gerangan orang tu.Bila tengok dalam hati kata, "owh,makcik ni mesti nak cepat." Yeahh.Kereta tu dipandu oleh seorang Makcik aku kira.Makcik tu dalam lingkungan 40-an.Sangat manis dan lembut jek muka dia.


Bila lampu hijau,terus dia tekan minyak macam nak pegi berlumba,dan tiba-tiba dia nak masuk lorong aku.Wahh,nak menyelit kat kita pulak.Sebelum apa-apa jadi baik kita mengalah.Takpe2,bagi jela dia duk depan.Punya lar laju dia pandu.Fuyyooo! hebak lar makcik ni.heee
budak Google dah lambat

Aku yang dalam jarak 100 meter dari dia tengokkan jela dia bawak kereta.Tiba-tiba dia brek.haha..kat depan ada 5 buah kereta lagi berderet-deret.Aku tengok makcik tu tak sabar nak memotong kereta depan dia.Dalam hati,"macam mana lar nak potong, kete tu kan rapat-rapat.Tak kan nak potong lima-lima skali.Da lar kat lorong sebelah banyak kete gak." Aku membebel dalam hati.ngeeee


Dah puas dia ketengah ketepi tapi tak lepas-lepas jugak hajat dia nak memotong kereta depan tu,dia ikut jela kat belakang kereta orang depan.hihi,makcik ni comel lar.Ke mana lar dia nak pegi agak-agaknya kan.Iye-iye sangat lajunya.Kalau aku,aku masuk kategori berhati-hati.Tak slow macam siput dan tak laju macam kena kejar hantu.eheeee..belum kawin lagi meyhhh! :p


Kali pertama aku tengok.hahaha..selalu tengok yang comel-comel jek bawa.Penuh berhemah.So,sape kata pompuan bawak kete lembab?? mana ada.Okbai.^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 11 October 2011

Blog Terbiar

Oohohoooii.Last update hari jumaat.Maknanya dah 3 hari tak hapdet neh.Uwahh! rasa macam dah 3 tahun tak hapdet pulak.Kesian kau belog..apa lar nasib kau dapat tuan macam ni.ahaha~ Nak kata takde idea.Rasa macam ada.Bila dah banyak-banyak rasa tak tahu pulak nak tulis.heeee..pening.Last-last aku g blogwalking jek.
entry tak jadi aku suruh budak Google kat atas ni yang koyakkan.ngeeee

Pasal Nuffnang sebelum ni ramai jugak yang cuba nak tolong.Macehh~ :D Tapi tetap tak boleh jugak.Sekarang ni aku login guna password sementara yang Nuffnang kasi.Aku dah cuba tukar password.Bila nak login balik guna password yang baru tu error lagi.Aishh! masalah apa ntah.Biar jela.Malas nak layan dah.Pandai-pandai lar dia nak hidup.ahahaa~


Okeii lar,hari ni entry secoeitt jek dulu.Esok lusa aku cuba menghapdet hari-hari.Tulat aku tak janji.hakhak :) Maseh kat korang yang sudi datang singgah lagi walaupun takde entry baru.Sayang lar! ^^


Kata Jari : Kak Wina pun perasan yang belog ni takde orang.hihihi :D


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 7 October 2011

Weyhh Nuffnang!

Tajuk nak marah dah ni.Uwawaawaaaa!!!! sedih oo..Incip Nuffnang ni agak-agak lar kalau iye pun nak bergurau senda dengan aku.Tengok ni..




Weyhh,aku rasa da 10 kali aku cuba login tapi tetap error jugak.Dari semalam dia buat macam ni taw.Kenapa dengan kamu ni wahai Nuffnang?? aku rasa aku ni belum cukup tua pun sampai nak nyanyuk ataupun pelupa.


Adeh! aku ingat lar segala password yang aku guna.Tak salah punya.Tapi kenapa tak boleh-boleh jugak erk?aishh..okeii.okeii.Aku janji aku tak merajuk lagi dengan kamu.Tolong lar.Tolong lar kasi aku masuk.wuwuwuu~ T.T


Korang tolong lar.Nak buat gimana neh?? tau tak? tau tak? da blur da ni.huhu


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 5 October 2011

Doodle Dalam Geram

Kahkahkah..aip! kemain lagi gelak yer.Jangan gelak.Ni namanya doodle sakit atie.=.= bukan doodle ni yang tengah sakit atie.Tuan dia yang sakit atie.Haishh!!! geramnya lar pulak.


Kan tak pasal-pasal doodle ni yang jadi mangsa.eheehee..aku pun nak gelak sama ni bila tengok.Nasib kau lar dood.Mula-mula aku nak buat ala-ala korean doodle.Lukis punya lukis akhirnya siap lar anggota dia.Save dulu.Konon esoknya nak sambung buat mata ngan mulut sebab aku biasa buat mata dan mulut kemudian.


Unfortunately,keesokan harinya aku bad mood.Kenapa? ishh..apa lagi.Aku ni kan kuat tacing.Ada lar manusianya yang buat aku tersentap.Tak taw lar manusia tu ke yang suka cari pasal atau aku yang sensatif sangat.wuwuwuu~ T.T


Terus aku melepaskan kegeraman kat doodle ni.Buat mata..pastu kening dia sengaja buat gitu.hihihi..tambah pulak ngan mulut tu.Dah macam PENJAHAT jek aku tengok.Kan3? Tak puas atie lagi tu,HAHAHA! aku tambah janggut pulak.


Sampai tang janggut tiba-tiba aku teringat kat Si A yang aku cerita kat entry sebelum SINI.ececehh~ Dia ada janggut jugak.Bila dulu aku tengok janggut dia sangat menawan hati.Tapi skunk,huh! macam janggut kambing taw tak! mmbekk~ mmbekk~ wekkk :p


Siapa gerangannya Si A ni? sila cari sendiri.muahaha! *dush! kena tumbuk* kalau korang selongkar entry lama aku mesti jumpa.Dah jumpa entry tu jangan kutuk lak.huhu,bila aku sorang jek yang menulis dan membaca maka macam-macam lar aku luahkan.eheee :D Tapi aku suggest tak payah lar eh.Kang korang muntah-muntah teruk.eheeee ;D


Dah.dah.Aku nak nak pegi guling-guling.Malas nak layan doodle ni.Okbai.^^


Boys never realize or understand how much one little thing can upset a girl.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 4 October 2011

Bila Ex Boyfriend Panggil Korang 'Kakak'!

Arghhh! tak taw mana nak mula.Macam-macam yang buat aku bengang 2,3 arie ni.Google buat hal.Aku tak boleh guna Google! demnn! dia majuk ngan aku ke? apasal ntah tiba-tiba jek dia buat hal.Aku buat entry ni pun guna Explorer.Adehh..sangat janggal.Terpaksa lar aku tunda aktiviti blogwalking.Nanti bila dah boleh pujuk Incik Google ni aku terjah blog korang semula. :D

Berbalik pada tajuk kat atas tu.Girl~Apa perasaan korang bila ex boipren panggil korang 'kakak'?perghh! menggigil meyh lutut aku ni.Rasa nak sepak-sepak jek.Situasinya macam ni.Clash konon parents dia tak restu.Oke fine.Lepas tu dia datang balik kononnya lagi,mintak 2nd chance.Aku tak bagi kata putus lagi,dia terus ghaib sampai la ni.Dalam masa yang sama aku taw dia ada orang lain.Oke aku diam.Aku simpan jek.Dalam hati Tuhan jela yang tau.Tak cakap pun mesti korang boleh paham.kan2?Then,semalam tiba-tiba dia muncul kat fb aku dengan ayat,
Assalamualaikum kakak...adeq mintak maaf..kak masih marah kat saya lagi ker?

Weeyhh! dia buat macam takde pape jek yang jadi eh.Perlu ke guna ayat macam tu? memang lar sebelum ni dia adeq angkat aku.Bila bercinta marah pulak kalau kita panggil dia adeq.wekkk~Menyesal tau! Salah aku jugak.Dulu kemain gelakkan kengkawan bercinta ngan lelaki yang lagi muda a.k.a tak matang! Dan..dan..aku pun tersangkut sekali.

Geram sungguh dengan ayat tak bersalah dia tu.Korang rasa apa aku patut cakap kat dia?ikutkan atie nak aje aku basuh dia guna berus dawai.Biar dia rasa.Aku tak taw nak cakap apa.Geram sampai tak ley berkata-kata.huhu=.=Apa pandangan korang?ececehh..cik-cik penasihat?
Kata Jari : Dan aku taw yang dia dah clash dengan gf dia.hahaha~
Balasan Tuhan.


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 1 October 2011

Jom tambah traffikkk


Trafik belog aku macam ombak.turun naik jek.kadang-kadang turun tak naik-naik pun ada.muahaha :))
keep on smiling:) 


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ