Saturday, 31 December 2011

Entry Terakhir tahun 2011..(Lutut! & Bye..Bye 2011!)


Entry Giler Panjang. Harap Maaf..
Semalam asyik join giveaway jek. Mesti bosan kan bila datang sini?? Alahai, tak sengaja. Lagipun benda tu jek yang senang dibuat bila tak sihat. huhu=.=

Cakap macam teruk jek pulak sakit tu. heee :D Takde lar.. takde lar.. propa kot. Lutut terhantuk dekat bucu meja time tengah syok blogwalking. aduhh, T.T Tapi yang peliknya kenapa sampai pitam pulak! Siyes! Aku pun tak tau. Yang aku tau, time tu angkat kaki nak bangun dari tempat duduk. Sangat confident pulak tu yang lutut ni jauh dari bucu laci meja. Sekali....ADOII!!!!!! T.T

~google it~

Sangat.. sangat.. sangat.. SAKITT! Tersentak aku! Macam ada kejutan elektrik kat lutut ni. Cuba korang duduk atas kerusi, pastu ketuk lutut korang. Tak payah lar kuat-kuat. Buat macam doktor nak check pesakit. Mesti automatik kaki korang akan terangkat kan. Tu untuk orang normal.

Bayangkan pulak, lutut aku yang terhantuk dengan kuat dekat BUCU meja tu! Rasa sengal sangat kat lutut ni. Lama lak tu nak tunggu dia hilang. Masa nak tahan sakit tu aku pejam mata sekuat yang boleh. Bila bukak mata.. Dah pitam! eh, eh, kenapa mata jadi gelap! Rasa menggigil kat kaki, tangan, n berpeluh.. Rasa macam lemah sangat time tu. Tapi takde lar sampai rebah kat lantai. uhuhu.. 

Last aku pitam dulu masa tengok darah, bila terpotong jari masa potong sayur. *bajet dah kebal lar konon* Darah yang mengalir, plus dengan rasa nervous. Terus pitam. Padahal, takde lar dalam sangat luka tu. +_+ Lutut ni takde lar luka pun. Tapi ada gak kesan lebam. Rasa tak percaya pulak terhantuk boleh pitam. hehehe, ni pun ada rasa sengal-sengal lagi. Atau mungkin sebab daku penat sangat ker.. tak cukup tido. Ntah lar. Sejak dua menjak ni asyik tido pukul 4 je. 

Kata Jari : Siyes! tak bole bla sakit dia +___+

google

Macam-macam yang dilalui dalam tahun 2011 ni. Suka.. duka.. sedih pulak nak tinggalkan 2011. I'll miss every single days in 2011. Tapi hidup perlu diteruskan! Dan kena terus pandang kehadapan. *jangan pandang belakang* :p

Kata jari : Bye bye 2011! Selamat tahun baru 2012 kawan-kawan! :) Next entry akan menyusul pada 1.1.2012. daaaa~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 30 December 2011

1st GiveAway (End-Year) by Izzah





Wanna join? klik banner atau SINI

Marah tak kalau daku join GA lagi? Alar, jangan lar marah.. Tak larat nak update lagi ni. Baru jek lepas pitam. grrr=.= Nanti daku cite hokeyh.

Nak tag : > Khadijah, Liana < for this giveaway! Done..


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

End Year Giveaway by Simpleituhaku


Hokeyh.. siyes tak bole tido! huarghhh!! degil yer kamu wahai mata.. takpe2, meh nak buat aktiviti berfaedah sikit. Join giveaway! yeahhh.. berfaedah lar tu kan? untung-untung menang. hikhik :)) End Year Giveaway ini dikuasakan oleh Zatyy.


Actually ni penyertaan last minit daku. Tunggu!! nak join jugak.. uhuhu~ baru jumpa GA ni..=.= Dah-dah, takmo buang masa yang emas ni..jom tengok hadiah dan para sponsor :-

sponsor pertama : ALL TYPE LENSE beliau sponsor 2X contact lense and 2X case lense untuk sepuluh pemenang
sponsor kedua : NABILA MARS beliau sponsor 5X header
sponsor ketiga : MALIIHAH MADZELAN beliau sponsor 1X header
sponsor keempat : AINA HANANI header glitters 2X dan edit classic template 1X
sponsor kelima : ANYS  3X single doodles
sponsor keenam : PEARL CLOSET5x baucer RM 15 , 5x baucer RM10 , 5x baucer RM5
sponsor ketujuh : MOST DAGANG TRADING 3X hemrmes purse

Dah mematuhi syarat-syarat iaitu FOLLOW and 'LIKE' page semua yang terlibat. weeee^^
Sertakan power skali?? 
Nah, R-200 : L-125

Nak tag : Arra Ahmad, Sheera, Nadia 
Owh,yer.. sape nak join lagi boleh klik SINI atau banner kat atas tu. Cepat! cepat! tarikh tutup 31 December 2011. DONE!!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Yeay! Menang!!


Ingat tak Giveaway yang daku join kat SINI beberapa hari lepas? Alhamdulillah! akhirnya menang jugak. weee! seronok.. >.< First time menang ni. Tak sia-sia lar kan join last minit.. hehehe :D




Dapat taw pun pukul 3 pagi semalam. Mula-mula saje pegi skodeng blog adeq Aimi ni. Tengok-tengok Aimi dah umumkan pemenang giveaway dia. Then, baca lar nak tau siapa menang. Dalam hati, tak mengharap pun sebab ramai yang join. Tetiba ternampak link blog INI kat tempat kedua. "Errr, macam biasa tengok link ni..blog aku ker?" WoW! betul lar blog daku. Alhamdulillah..^^

Sumber : SINI

Aww! shukeww.. thanks pada sponsor JCS dan HealthyBeauty. Tak lupa pada penganjur giveaway ni, Aimi. Lenkali bole buat lagi. heeee @.@

Kata Jari : Rasa nak buat giveaway untuk pengunjung blog ni pulak. Tapi belum sampai seru lagi. huhu +___+ Takutt~


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 29 December 2011

#2 Spontaneous Thursday




Kata Jari : Jangan buta sangat boleh tak??



Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 28 December 2011

Google Christmas


Entry tertinggal keretapi! malu~ malu~ =.=

Amboih! sakan incik Google ni sambut christmas haritu. Yer dak?? siap letak salji bagai lagi. Beku sekejap lappy daku ni. teheee :D Ramai yang jumpa salji-salji tu kan? seronok ker? jadi lar kan daripada takde. Belum ada rezeki lagi nak tengok yang real punya. Lebih-lebih pun pegi kat i-City Shah Alam tu. *totally different* huhu, "kalau lar mesia ada salji.." weee~ berangan! something wrong pulak kalau mesia bersalji. Takmo~ takmo~

Kira salji kat google ni aku tak heran lagi. Tapi ada 1 benda yang menarik minat, sekaligus *ecece ayat* buat daku berperangai macam bebudak rebina yang ternampak 'merry go round' (alar,kuda yang pusing-pusing tu) ialahhhhh....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tada!!!!


Kehkehkeh! siyes perangai kebudak-budakan timbul time tu jugak! Suka bebeno daku tekan-tekan menda alah ni. Mula-mula dia tunjuk 'Google' jek. Bila tekan kotak-kotak yang ada color tu dia tukar benda lain pulak. Tekan satu-satu sampai habis, nanti dia keluar lagu. Pastu bintang-bintang, awan-awan kat atas tu pun berkelip-kelip lar. hehehe.. aip! jangan gelakkan. malu~~ >.<

Itu namanya orang takde keje! Cari lar keje sampingan kan. hakhak.. Lagipun cuti masa tu.. duk umah jela. lalalala~ Alar, 2,3 kali jek pun aku dok ulang-ulang main menda tuh. Lepas tu.... BOOHSANNN! :p

Kepada google : Request letak ketupat kat page google bila raya nanti erk?? hekhek


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 27 December 2011

Blur!!


Aku tak taw lar nak tulis hape sebenarnya!
*Dapat kat Google*

Dari tadi dok tekan sana, tekan sini.. tapi tak tau apa aku buat. Blogwalking pun aku tak pegi lagi. Nak buat entry pun macam blur jek. adusssss~ apakah?? Bukan takde IDEA.. ada sebenarnya. tp,,,,,, 

BLURRRRnyer otak ni!!!!!
 
Tak bole fikir apa-apa lagi. Effect daripada sedu sedan semalam kot :(( Badan pun macam nak demam. Tapi degil jugak nak update sebab aku tak nak lar korang bosan bila masuk blog ni asyik baca cerita yang sama jek kan?

Aku buat slow2 eh BW dan balas komen kat blog korang.
Mekasih baca entry blur-blur ni.
*tengok ayat pun dah bersepah* +_____+


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 26 December 2011

My First Giveaway by Aimi


Cuti-cuti ni nak join giveaway pulak. Nak cite panjang-panjang takde masa sebab kejap lagi nak g umah orang kawin. weeee :) GA ni by Aimi yer.. first time dia buat ni..apa lagi. JOm join!!


Nak join picit banner kat atas laju-laju. Atau SINI.. Done!! Dah mematuhi syarat-syarat ye^^ 

Nak tag : Mizza, Bismi Aishah, Eira

OKBAI! >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 25 December 2011

Hye! Hye! Shoutbox Baru!!

*Googleit*

Welcome to new home! Masuk-masuk.. jangan memalu. Hey kengkawan! daku dah ada shoutbox baru! weee.. Bye! Bye! shoutbox lama! Time kasih kerana bagi perkhidmatan yang terbaik selama 7 bulan lebih daku berblog ni. Sayang ko..! Walaupun daku rasa berat hati nak lepaskan ko, tapi apakan daya... daku tak mampu nak membela ko lagi nak. Daku suka yang free-free jek. muahaha.. *kejam*

Ehh ehh.. alala.. takmo majuk shoutbox baruku. Nak say good bye jek kat kawan kamu tu. Kalau nak duk lama kat belog ni kena bagi perkhidmatan yang terbaik jugak taw. Kalau tidak daku tukar lain. lalalalala~ terlebih sudah! Ni banyak tengok telenovela ler ni. hee

Macam yang korang baca tadi. Daku dah tukar yang baru. Tu ada kat tempat 'Cakap Cakap'. Dia ganti shoutbox lama dulu. Jadi boleh tinggal jejak kat sana yer. Daku nak delete dah shoutbox lama tu.


Nape pilih yang ini? sebabnya dia lebih kurang sama jek kot. Mesra pengguna.. senang nak tinggal mesej. Korang tak payah ulang-ulang, susah-susah taip nama dan URL setiap kali nak tinggalkan mesej. Tak kan lar daku nak susahkan tetamu yang datang rumah kan. "eh, ko dah datang umah aku ni tolong lar masak sekali yer.." teheee :D

Tinggalkan pesanan cinta korang kat kotak yang daku bulatkan tu. Duk tengah pulak dia. errr.. tak taw lar ok ke idak benda ni. So far daku tengok ok jek. Tapi tak ramai lagi yang pakai shoutbox ni. Kalau korang nak pakai yang macam ni jugak, boleh tekan >SINI

Kata Jari : Kalau tak ok, siap ko kotak! :p


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 24 December 2011

VOKAL - Bukan Sekadar Rupa


Vokal - bukan sekadar rupa ni adalah rancangan realiti terbaru kat tv3 selepas Mentor. Sape ada tengok??? waktu siaran dia, pukul 9 malam setiap ahad.


Best ker?? sampai ada yang google pasal rancangan ni. Peminat Mafa kot. heeee :D Mesti best agaknya kan. Tapi....... sori yer, saya tak tengok pun rancangan tu. Camne nak tulis. weee^^ Bukan apa, dah macam cendawan tumbuh lepas ujan pulak rancangan realiti ni. Tu yang macam dah malas nak tengok. T.T

Tapi dengar-dengar dah nak habis kan?? final Ahad nanti. So, sesape yang belum tengok tu bole lar tengok buat kali terakhir. hikhik, daku memang suka tengok last-last ni. muahaha..

OKBAI!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 23 December 2011

Versi Putus Cinta


Hari nie tetiba rasa nak jadi doktor cinta pulak. ehehe.. buleh dak? Cuba korang fikir balik, apa yang selalu korang rasa, atau apa yang selalu korang cakap bila putus cinta? Tak kira lar dalam atie ke apa ke.. Fikir! fikir! kat sini daku bagi beberapa versi ayat putus cinta yang daku pernah dengar dari mereka-mereka yang boleh dipercayai yang telah diblander hatinya..HA HA HA *okeakutambah*

*google it*

Versi Kuno
Aku merelakan pemergiannya dengan redha...eceyhhh!!

Versi Konpiden
Mesti dia nak baik balik ngan aku nanti. chill jek.. hahaha~ dia mane boleh hidup tanpa aku.

Versi Syak Wasangka
Apasal tetiba nak clash plak nih??? mesti ade udang di sebalik mee goreng nie kan? musykil2~

Versi Kurang Sabar
Kalau dia tak nak berbaik dalam masa terdekat nih, buleh blah!! aku boleh cari yang lain lar.

Versi Sabar
Alaaa... satu arie nanti mesti dia nak berbaik balik dengan aku. Tunggu dan lihat jela~

Versi Tak Kisah
Nak baik balik takde hal.. nak blah balik pun tak heran~ wekkks...

Versi Kuang Asam
Bak balik hadiah yang aku bagi dulu tuh!

Versi Brutal
Nak blah? cuba lar kalau berani.

Versi Cemburu
Jangan ada sesape pun yang coba-coba nak rapat ngan ex-aku tuh! siap lar nanti!

Versi Sakit Atie
Oooo... sesuka atie kau jek eh meng'clash'kan hubungan kite. Jangan rase kau boleh bahagia atas penderitaan aku.. aku bagi doa kejam kat kau tiap-tiap arie. muahaha!

Versi Dalam Atie Ada Taman
Sayang... tergamaknya atiemu meninggalkan diriku. Tidakkah kau sedar betapa dalamnya cintaku padamu. uwaaaaaa!! :((

Versi Kebencian Melampau
Pegi mati terus lar woiii!!!!!!!!!! hidup pun menyakitkan atie orang jek!

Opss..betul punya benci nih. hikhik, maafkan.. dia tengah sakit atie tu. HA HA HA.. So.., korang yang mane? ade ke yang sama macam kat atas? ke ada ayat lain?? meh share meh. >.< Harap takde lar versi yg akhir nih eh..kasarnya bahasa! heee..

Giler panjang entry ni. Semua ni untuk suka-suka je tau.. jangan serius sangat. Takde kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia.ecehh.. Sebarang kekasaran bahasa mereka harap dimaafkan.

Kata Jari : Kalau aku? aku mungkin versi kuno tu! ececeh, nak yang best jek! ahakss.. *okeakutipu* Bergantung pada tahap kelumatan hati lar. OKBAI. >.<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Thursday, 22 December 2011

Spontaneous Thursday Ker Ni??


Tak perlu kata apa-apa!




OK BAI!!


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Wednesday, 21 December 2011

Wordless Yang Tak Berapa Wordless


Nak cakap jugak! wordless wednesday bagus untuk orang yang sibuk! weeee~ sekian.

*justgoogleit*


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Tuesday, 20 December 2011

Tutorial : Cara Letak Badge Google+ Page Dalam Blog


Semalam naiemah ada tanya macam mana nak letak google+ dalam blog. Ada yang tak taw google+ page macam mana? macam nie haa.. >Tengok gambar untuk lebih faham< >Klik gambar untuk besarkan< Tuto sedikit panjang sebab banyak gambar. Harap sabar kalau loading lambat. weeehiii^^




Okeyh, mula-mula kena lar ada page dulu. Kalau belum ada bole buat kejap eh. Dari home korang tu scroll bawah sikit sampai jumpa macam ni.




Then create lar page. Letak lar nama blog korang ker.. dah siap ikut step macam kat bawah,



Pegi kat home -> klik arrow, *step no.2* -> klik page korang macam dalam gambar.*step 3*

Bila dah masuk google+ page korang, copy nombor ID macam *step 4* -> klik 'get started' *step 5*



Connect your website -> Get the badge *step 6*




Masukkan no ID yang korang dah copy tadi dalam kotak yang iqa bulatkan tu. *step 7* -> Pilih 'Standard Badge'. Kalau tak nak sebab dia besar.. korang boleh pilih 'Small badge' atau pape jela yang berkenan. :)


Lepas tu 'Get the Code'! heee :D


Attention please! Untuk blog yang dah letak button +1 tak payah amik code dalam kotak purple. Hanya amik yang dalam kotak merah dan paste dalam blog. (add a gadget)
Siap! harap boleh faham.. tak faham tanya keyh.^^
Yang tak letak button +1 kena amik code dalam kotak purple, then paste dekat HTML. Find <head>.

Sekian.. kredit pada sifu iqa, puanbee! weee... :D
Berguru dengan dia lar. Asal tak paham jek tanya kat dia. hehe


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Layan Lagu Orang Kawin! Awww!!


Hye sayangs..! ohoho.. mentang-mentang tengah layan lagu orang kawin, dah semua orang dia panggil sayang. tehee :D Dalam 2,3 hari ni daku tak sempat nak ngadap blog lama-lama. Dengan busy lagi, dengan takde mood lagi. grrr.. apa lar nak jadi ni. T.T

Tapi, tapi.. sekarang dah kembali bersemangat! hoyehhh!! semua gara-gara lepas dengar lagu orang kawin ni. Alar, lagu yang dipasang masa majlis perkahwinan tu.. Terjumpa kat youtube tadi. Nak cari benda lain, lain pulak yang daku jumpa. hikhik, walaupun lagu-lagu lama tapi tetap tak jemu bila dengar banyak kali. Wow! suka! suka! suka! weehuuu~



ni bukan pelamin daku.my cousin punya ritu..lagi 3 bulan daku jadi maklong..lalala~

Nie apasal gatal sangat ni? hihi, oitt! bukan gatal nak menikah ker hape.. saje jek suka dengar. Bila dengar mesti teringat masa pegi kenduri kawin. Meriah! dengan orang ramainya, lagu yang dipasang, dengan pengantinnya, pastu suka tengok pelamin dorang,color apa.. tema camne.. hantaran ada kereta sebijik ker idak. Hahaha..

Apa kena mengena? yela, tadi kata bad mood, tak bersemangat.. kena lar cari hiburan kan. Ingatkan tadi nak cari lagu sedey meleleh-leleh, tapi kang tambah tak bersemangat pulak. So, kena lar cari lagu yang catchy sikit. Lagu yang meriah! Terjumpa lagu ni, jom layannn........


Pinjam kat youtube..ada rasa macam kat uma owg kawin tak? *okeakuover* :p



Kata Jari : Baru bersemangat nak kawin blogwalking laju-laju..weeeee! ^.-


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Monday, 19 December 2011

1st GiveAway by Anis and Aina



Nak join giveaway pulak! hikhik, terpesona tengok hadiah-hadiah dia.
Adeq-adeq comel, *ayat membodek* tehee :D sis dah ikut syarat-syarat yang awesome ni yer! ^.-
Good luck untuk diri sendiri! KehKehKeh
Nak tag : Akma & Iqa *bukan diri sendiri*

Eh, Eh, sikit lagi nak lupa. Nak join klik banner.weee~ @.@


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak


Tengah-tengah malam baru sempat bukak blog. uhuhu.. kali ni ditag oleh Mas untuk join segmen Jiwarosak.
blogwalking
Saya blogger dari Melaka! weeehuuu~ *orang melaka* ^.-

Kebaikan Blogwalking 2012 by JiwarOsak
1. anda dapat backlink dari blog jiwarosak.com
2. sememangnya list ini akan saya gunakan utk blogwalking 2012
3. list blogwalking ini akan di share utk kegunaan group
blogger sya di PORT BLOGGER (2875 members)
4. list ini akan di letakkan di side blog sya
untuk kegunaan pelawat yang datang.

Nak tag : Saddila, Hanis, Nanakimie, Ace, Mama Rizqullah

Done! Nak join Klik banner atau SINI


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Sunday, 18 December 2011

Tutorial : Cara Tukar Background Blog


Tutorial laju-laju.. Semalam sorang rakan blog iaitu ace tanya, macam mana nak tukar background kat blog.. okeyh, Iqa ajar macam mana yer.. :) Korang yang tak taw lagi pun bole ikut tuto ni keyh. Ikut step dalam gambar untuk lebih jelas.


Mula-mula, pegi Design -> Templete Designer

klik gambar untuk pembesaran

Then, klik kat background yang iqa dah bulatkan macam gambar kat bawah ni. Lepas tu remove dulu image yang sedia ada, step no.4.. 
Tekan anak panah macam step no.5 pulak sygs..

nak besar tekan gambar

Lepas tu korang akan dapat macam dalam gambar bawah ni,


Pilih lar background mana yang korang nak kat situ. Atau kalau nak letak background sendiri yang korang dah design, bole pilih Upload Image -> Choose File -> Cari Background yang korang dah design -> tekan Done!

Last sekali Apply to Blog yang ada dekat atas sekali dalam kotak oren tu. Done! weee.. dah bole bergaya dengan background baru. Selamat mencuba^^

Nak buat background sendiri tekan >SINI<


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Saturday, 17 December 2011

Tutorial : Cara Buat Background Sendiri


Penah tak masa blogwalking korang jumpa blog yang sebiji background dia macam blog korang? Kalau ada mesti cepat-cepat nak g tukar background korang tu kan. Tak nak lar nanti orang kata blog kita tu ada kembar. Siyes! daku memang tak suka. Sebab tu daku akan buat sendiri, tak kira lar cantik ker tidak janji daku buat sendiri. Baru ada kepuasan! Har Har.. :))

Semalam naiemah tanya macam mana nak buat background sendiri macam daku ni. Okeyh, lai lai.. iqa tunjukkan kat korang. Mula-mula korang bukak Adobe Photoshop. Tak kira CS bape pun. Iqa pakai photoshop CS3. Semua ada kan? Yang takde tu dengan pantas pegi download. Ikut step dalam gambar yer :)

1. Klik file -> New..


2. Name -> korang letak lar apa-apa pun. Width & Height letak 100.
3. Background content -> Pilih mana-mana pun bole. Kalau nak ada color, pilih background color.
4. Siap pilih color, klik ok.


5. Korang akan dapat kotak kecik dengan color yang korang pilih macam iqa bulatkan tu. Then, amik brush. Tengok gambar keyh tuk next step..
6. Klik anak panah macam iqa tunjuk tu.


7. Pilih corak brush mana nak. Dot dot ker..
8. Kalau nak kecik ker besar ker bole adjust saiz dia tu.


Opsss! terlupa. Sebelum step 7 tadi korang pilih color untuk brush korang dulu keyh macam gambar kat bawah ni. 


9. Apa lagi.. time ni lar nak tunjuk bakat terpendam korang tu. heee, tonyoh jek ikut kreativiti sendiri. Macam contoh tu iqa buat dot dot jek. Tapi MAKE SURE corak-corak korang tu JANGAN terkeluar atau sentuh garisan hitam yang iqa tunjuk tu. Sebab bila kita letak kat blog nanti dia bersambung dan jadi tak cantik. Dah macam bertampal-tampal jek. Paham tak ni? Tak paham sila tanya yer darl..

Dah siap, save! Taraaa.. dah bole letak kat blog. Tengok jadi ker tak. Cuba lar.. nanti bagitaw iqa. Nak tengok jugak hasil kreativiti korang. Mesti cantiks! weeee.. :)

Selamat Mencuba! Opss! lupa lagi.. kalau tak taw guna photoshop bole jugak guna Paint.NET atau Gimp2 atau photoscape. Ikut keselesaan yer^^


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ