Wednesday, 19 November 2014

Jujur.. Boleh Mati Ke?


Hari nie nak cakap pasal JUJUR..
Apa benda pulak jujur nie? Sejenis makanan ke? (Itu cucur..senget) Ke sejenis penyakit yang boleh bawak maut? Owhh sebab tu orang sekarang ramai yang tak jujur ye? Grrr, haa ada sesape lagi ke yang tak tau makna JUJUR tu? Sila buka kamus dewan ataupon kau terjun jela dari bangunan empatbelas tingkat.

Kenapa ea? Why? Why? Why??
Tak tau la apa yang ada dalam kepala hotak orang2 yang tak jujur nie. Maybe depa nie suka hidup yang mencabar mungkin. Mana taknya, tak jujur aka menipu nie kan kena create satu story yang tak berlaku sama sekali. Bajet pandai letew~ Lepas tu buat muka suci tak bersalah langsung. Eh tertipu kitew ! Kalau bagi kat daku memang daku percaya jerr. Cisss~ Tapi... sekali daku dapat tau orang menipu haku hidup2, sorry sampai mati haku tak percaya dah. =__='



Kalau difikirkan logik, orang menipu nie takde ler pandai sangat. Contoh, hari nie kau kelentong buat cite A. Esok lusa bila tanya balik eh keluar cite korea pulak. Teettt! Kan dah kantoi. Kalau macam haku, haku suka tanya soalan yang daku dah tau jawapan. Ataupon berdasarkan cerita pertama tadi. Bila jawapan kau tak sama, STOP! Automatik haku tau kau tak jujur. Dan haku perlu berhati2 dengan orang macam tu. Sebab tu la haku kata orang tak jujur nie takkan ingat apa yang dia tipu. Jawapan atau cerita dia akan sentiasa berubah2. Ingat kitew tak peka..? Tapi tak selamanya dia akan selamat dengan penipuan tu. Satu hari kantoi jugak. Kannnsss~

Back to basic la, Allah tu Maha Adil, Maha Melihat, Maha Mendengar. Like my mom always said, ``Biar orang tak jujur dengan kita. Asalkan kita jujur dengan orang. Satu hari Allah akan tunjukkan pada kita siapa yang tak jujur sebenarnya." So pesanan penaja, jadilah orang jujur. Tak susah pon. Just tell the truth. Cakap yang benar. Takkan mati lah kalau bercakap benar, amalkan sikap jujur. Orang pon akan respect & percaya kita.


Kata Jari : Kalau jadi pasangan, jadilah pasangan yang jujur. Tak ada gunanya dengan menipu nie. Hiksss~ Teremosi pulak dahh. Lalalalalalaa


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ

Friday, 14 November 2014

Toink toinkk Tora Datang Lagiii


Yeayyyy!!! Yeaayyyyyy!! Dah boleh berblog semula (lompat bintang) walaupon bukan dengan laptop baru yang diidam2kan. Never mind~ mana yang ada jela. Ini pon tak tau sampai bila. So kesempatan yang ada ni perlulah digunakan sebaiknya. Aicehhh ini semua poyo !! >.<

Adakah tuan2 hamba masih mengingati beta? (bajet2~)

Nota Kaki : Terfikir nak buat satu giveaway la untuk kumpulkan kawan2 blogger saia. Nak ke?? Ermmm, Cari ilham kejap~ ehh uolls la tolong bagi idea boleh ? Carikan tajuk GA yang bersesuaian, mana yang terpilih saguhati akan diberikan. Komen kat bawah jer okeyh. Takyah beriya sangat. Cepat cepattt


Cherita da abis...Sila tinggalkan komen pulak ye! TQ